Hari ni aku tengok cerita korea, loving you a thousand times. Cerita ni penuh dengan emosi. 2 episod permulaan aku temgok dengan penuh emosi. Touching juga cerita ni, especially bila heroin tu merayu-rayu pada adik dia, supaya dermakan hati kat bapa dia yang sedang bertarung dengan nyawa tu, sebab darah dan hati adik dia tu je yang matching dengan bapanya. Tapi si adik tak nak dermakan, sebab nanti takut ada risiko, alasan yang paling utama dia, nanti ada parut kat badan dia.

Episod ke 3, disebabkan nak duit untuk operation bapanya, heroin tu jadi ibu tumpang kepada sepasang suami isteri yang dah lama kahwin tetapi masih tidak dapat anak.

Persoalan yang bermain di minda aku semasa aku menonton cerita ni:

“Boleh ke jadi ibu tumpang ni? Dahla heroin tu tak kahwin lagi”.

Dalam cerita ni pun, tak mention cara yang mana satu yang diorang gunakan untuk proses ibu tumpang ni.

Aku pun surf internet mengenai hukum ibu tumpang ni. Dapat lah jawapan ni yang diberikan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM:

Menurut mazhab Shafie:

Harus melakukan kaedah bayi tabung uji dengan syarat bayi itu berasal daripada benih daripada pasangan yang telah melakukan akad nikah yang sah dari segi syarak.

Manakala ibu tumpang pula ummat Islam dilarang meletakkan benih pasangan suami dan isteri yang telah berkahwin secara sah di dalam rahim ibu tumpang tersebut. Ini kerana Islam amat menjaga nasab keturunan seseorang anak itu mestilah lahir daripada hasil daripada perkahwinan yang sah pasangan suami isteri berkenaan sahaja..

Di http://hafizdasar.com/?p=112 pula ada penjelasan yang panjang lebar mengenai isu ni.

error: Content is protected !!