Antara perkara yang paling aku tak suka buat ialah charge handphone. Selalu je walaupun handphone tu dah berbunyi-bunyi sebab bateri weak, tapi aku selalu buat bodoh je. Malas betul nak charge. Sampailah last-last handphone tu terOFF sendiri. Kadang-kadang aku sedar handphone tu dah terOFF, tapi kadang-kadang aku tak sedar. Bila dah terOFF tu, aku biarkan je. Malas nak charge.

Mujur aku ada 2 handphone. Satu dah kong, leh guna satu lagi. Tapi bukan semua orang ada dua-dua nombor phone aku. Biarlah, nasiblah, kalau siapa-siapa call aku, tapi tak dapat. Lagipun phone aku tu bukannya selalu bunyi pon. Jarang receive call and jarang message masuk. Aku pun tak kisah, sebab aku tak suka bunyi telefon. Entah apa sebabnya, aku pun tak tahu. Seingat aku, sejak line telefon di rumah aku kena potong masa aku tingkatan 3, sebabnya, memang sengaja parents aku tak nak bayar, sebab bil melambung, tapi bukan kita orang yang pakai, orang curi line. Kat bil, tertera nombor yang tak dikenali. Call jauh-jauh pula tu. So, biarlah kena potong pun.

Sejak dari tu, aku dah biasa tak dengar bunyi phone. Jadinya, bila ada phone ni, bunyi phone ni merimaskan aku. Aku tak suka dengar. Kadang-kadang bila ada call masuk, aku leh cakap “ish! sibuk jelah”. Malas betul aku nak jawab call. Selalu sangat, bila ada message masuk pun, aku tak baca. Aku biarkan je, sampai dah beberapa jam lepas tu, bila teringat, baru aku baca. Kadang-kadang mesej masuk, aku baca, tapi aku tak balas, malas nak balas. Dah 2 atau 3 hari berikutnya, baru aku teringat, aku tak reply lagi mesej tu. Pastu baru aku reply. Huhu..teruknya aku.

Aku pun dah lali kena marah dengan mak aku, family aku, bos aku, colleague aku, sebab selalu tak jawab phone. Aku tak jawab, bukan sebab tak nak jawab, tapi aku tak berada di samping phone tu. Aspecially masa kat office. Aku letak phone atas meja, so bila aku tak ada di office, macam manalah aku nak jawab. Sebenarnya ni kira dah baik lah aku letak phone atas meja. Sebelum ni lagilah, aku biar je dalam beg. Beg pula aku letak dalam laci. Bila phone bunyi, kadang-kadang aku dengar, aku jawablah. Selebihnya dan selalunya, tak berjawablah call tu. Bila aku tengok ada miss call, memang aku tak kuasa nak call semula caller tu. Biarlah. “Kalau betul-betul urgent, orang tu akan call semula”. Nilah prinsip aku yang bengong.. Tak suka bawa handset ke sana ke mari. Kadang-kadang keluar dari rumah pun, handset tertinggal. Ni adalah tabiat yang aku susah betul nak ubah.

Dah kena marah banyak kali pun, macam tu lah juga aku ni..Huhu..aku pun tak tahu bila boleh berubah..Bukan ke memang manusia susah nak berubah. Bill phone aku memang susah nak luak. Aku memang menggunakan handset seminimumnya. Kredit susah betul nak habis. Siap aku transfer kredit lagi ke adik-beradikku yang lain. Inbox pun selalu full, sebab malas nak delete. Mmmmm…buruknya perangai!

Kawan-kawan selalu pelik, aku ni macam ni, tapi handset sampai dua!. Bagi aku, alah…ada dua handset pun, dua-dua handset murah. Basic handset je. Boleh message and call je. Tak de lah aku pakai handset canggih-canggih pun. Aku pun bukannya guna handset sangat.

Ni lah nasib handphone ku, yang mana nasibnya mungkin tak sama dengan handphone lain. Mesti handphone aku ni rasa dirinya tak disayangi. Boleh buat karangan aku sebiji handphone ni. Eh, handphone sebiji ke, sebuah? Apa penjodoh bilangan untuk handphone ek?

error: Content is protected !!