Malam ini dalam sejarah, aku kena siapkan kerja di rumah, malam isnin pula tu. Aku terpaksa bawa balik. Setelah sepanjang minggu lepas, aku dah tak berapa boleh nak buat kerja dek kerana terlalu penat asyik kerja je setiap hari sepanjang bulan januari ni. Otak aku dah tak mampu berfikir lagi. Sebulan juga aku tak balik kampung. Selalu, sebulan 2 kali aku balik. Lalu aku membuat tindakan nekad, balik juga ke kampung hari jumaat lalu, walau kerja tak siap..kerana sesungguhnya otak dan badan aku amat memerlukan refreshment. Dah tak boleh nak buat kerja dah.

Kali ni, balik kampung, aku rasa tak puas. Rasa sekejap sangat. Kena pulang semula ke JB lebih awal, sebab petang nak shopping and malam nak siapkan kerja. Walaupun tak puas balik kampung, tapi aku dapat kepuasan juga bershopping. Best betul. Sebab tu la, orang kata shopping ni terapi untuk orang tension. Kenapa ya? Mungkin sebab kita shopping gunakan duit hasil kita tension-tension kerja. Hehe..aku buat teori sendiri…

So, kala ini, aku nak mulakan kerja aku..dah dekat 1 jam aku buka folder tu, tapi otak aku macam tak nak buat je kerja tu..uhuhu..selalunya aku memang tak bawa balik kerja ke rumah, sebab di rumah aku nak berehat, tapi yang ni betul-betul darurat. Lalu aku cari lagu ni:

Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

YEAH..YEAH..AKU BOLEH!! START WORKING NOW…UHUHU..SAMBIL LAYAN MYSTARZ LG FINAL…YEZZA…

error: Content is protected !!