Malam tadi aku tidur dalam pukul 12.15 malam. Tapi mata aku ni susah pulak nak lelap. Dah lama-lama tu, aku pun terlelap dan mula tidur. Tiba-tiba, handphone ku berbunyi.

Aku tersedar lalu cepat-cepat menekan button answer dan menjawab ‘hello’. Sebaik sahaja pemanggil mendengar suara aku, dia terus OFF. Ish dalam hati aku dah membuak-buak rasa geram. Terus la aku mula memarahi si pemanggil, lebih-lebih lagi bila melihat jam di handset tertera 1.15 pagi. Eeeiii…sakitnya hati aku. Orang tengah tidur ni, ada pulak yang mengganggu. Dahlah nombor yang aku tak kenali.

Pastu aku tengok skrin handset aku menyala, tertera perkataan ‘No space for new message’. Aku mula mendelete beberapa mesej. Dalam hati aku tahu, ni mesti si pemanggil tadi. Message pun receive. Aku baca mesej yag tertera:

 “Tak tidur lagi ke?”

Dengan hati yang panas aku balas:

 “tengah tidur la ni. Sapa ni?”.

 Bila aku send, bunyi ‘toot’. Alamak, handset yang ni tak ada kredit. Yang ada kredit handset lagi satu. Ish!

Pastu aku nak sambung tidur. Tapi malangnya aku tak boleh tidur semula. Arggghhh…geramnya aku. Geram sangat-sangat kat pemanggil tu…Dia punya pasal la ni. Sampai dah pukul 2 lebih pun aku masih tak boleh tidur. Aku cuba tenangkan diri supaya boleh tidur. Lama-lama aku tertidur, tak taulah pukul berapa aku lelap.

Esok subuhnya, aku rasa mengantuk sangat mata ni. Eiii..rasa dendam masih bersisa lagi pasal kejadian malam tadi. Geram! Aku pergi juga kerja. Tapi kat tempat kerja, otak aku macam tak boleh berfikir je sebab mata ngantuk sangat. Mata aku pun sampai pedih menahan ngantuk. Sudahnya, aku balik kerja on time hari ni. Selalunya aku balik lewat. Hari ni aku rasa masa berlalu slow sekali. Sepanjang di tempat kerja, aku masih berdendam dengan si pemanggil. Geramnyaa!!! Kat tempat kerja, aku telefon dia banyak kali juga, sebab aku nak marah dia. Tapi, dia tak angkat pula.

So, moral of the story, start malam ni, aku akan off handphone bila tidur. Walaupun orang tu mungkin salah nombor, tapi aku tetap bengang. Bengang sebab aku bersusah payah melelapkan mata, senang-senang je dia ganggu tidur aku. Oh, bengkek sungguh hati aku ni. GERAAAMMMM!!!!

error: Content is protected !!