Tadi mak call, ingatkan aku supaya pergi kerja pakai tudung putih. Aku ada 1 je tudung putih yang plain. Lagi 3 ada bunga-bunga and bukan bunga putih. Mak kata tu tak boleh. Kira tudung aku tu out of spec lah. Huhu.. Jadi kena jugalah cari tudung putih. Memang susah nak jumpa lah tudung putih sekarang ni. Banyak kedai dah out of stock. Jalan punya jalan, akhirnya jumpalah tudung putih kat kedai ni.

“Ni berapa harga ni, kak”

“RM20. Harga asal RM35”

Dalam hati aku, amboi, baik nye hati, kurangkan sampai 15 hinggit. Tak payah minta-minta pulak tu. Ye la tu. Tah-tah memang tu harganya. Pegang-pegang kain tu, kasar dan keras je aku rasa. Aku tau harga dia bukan RM35 seperti yang dinyatakan. Aku memang tak pandai tengok tudung ni. Tapi aku tau kalau tudung tu sepatutnya murah. Sebab biasa pakai tudung murah. Heheh…Bila minta kurang lagi, dia diam je. Muka macam tak nak bagi je. Pilih punya pilih, pilih dengan pilihan yang dah tak banyak ni, aku nak lah ambil 2 helai. Lagi sehelai tu kakak tu kata RM20.

Aku dah belek-belek, ayat pedas-pedas sikit kat kakak tu, pastu aku kata

“Yang ni RM17, yang ni RM15. Total RM32. Dah”

Penjual tu pun tak cakap banyak, setuju je dengan harga aku. Dalam hati aku, ni mesti sebenarnya harga dia boleh murah lagi ni. Ish!.

Dah tiba di rumah, aku terfikir. Tah-tah tudung tu RM10 je. Ceh!…

Mmm….aku memang kena belajar mengenali tudung dan jenis-jenis kain ni. Supaya senang, tak de lah tudung murah, beli dengan harga mahal. Huhu…

error: Content is protected !!