Kini…
 aku gersang
Kini….
aku tandus
Kini…
Aku kurus
Kini…
Aku haus
Dulu….
Aku selalu diberi makan
Dulu…
Aku senang dan girang
Dulu…
Aku tenang dan lapang
Entah mengapa…
Di mana silapnya
Aku kini
jadi begini
Wahai jasadku…
Tolonglah aku
Wahai jasadku…
Dengarlah rintihanku
Wahai jasadku…
Aku mohon padamu
Wahai jasadku…
Letaklah dunia di tanganmu
Jangan kau letak di hatimu 
Wahai jasadku…
Aku tak mahu
kau terseksa di sana
Kerna…
Aku sayang kamu
 Wahai jasad ku….
error: Content is protected !!