Dari pagi sampai tengahari aku attached dengan customer. Follow customer plant tour. Selalunya aku tak ikut sangat plant tour dengan customer, sebab aku nak siapkan kerja2 aku. So, selalu jelah aku M.I.A (missing in action) bila tiba part plant tour ni. Aku selalunya hanya sekadar menghadirkan diri masa opening meeting je, pastu M.I.A dah. Tapi kali ni aku nak follow, sebab dah penat sangat asyik ngadap kerja je sejak awal bulan. Sabtu ahad pun masa dihabiskan di office. Sekali-sekala jalan2 oklah kan.

Bila tiba tengahari tu, lunch hour pun tiba. Bila aku tengok meal dia, alamak, japanese food la pulak.

Ada chopstick je. Tak pandailah aku pakai chopstick ni. Lalu aku minta sudu dan garfu dari tea lady. Pastu, colleague aku ajak makan kat pantri je, sebab segan nak makan kat board room tu, dengan customer, manager2 and director. Maklumlah, aku ni jawatan cap ayam je. Dalam hati aku, bagus juga. Boleh la aku makan dengan gaya bebas. Dapatlah menghayati rasa meal tu bila makan dengan bebasnya. Best2 makan free. Selalu aku M.I.A, tak dapat makan free..huhu…tapi dapat siapkan kerja.

Monolog hatiku: Kena praktis makan pakai chopstick ni. Makan kat in-house boleh la lari ke pantri, kalau makan kat restoran? Nak minta sudu dan garfu ke?

error: Content is protected !!