Balik dari kerja, terus ke pasar borong dengan housemate. Di pasar borong, terpisah pula dengan housemate. Handset tertinggal dalam kereta pula. So, lepas beli barang, tinjau-tinjau juga sekitar pasar mencari housemate. Tak nampak pula diorang ni. Jadi, aku tunggu je kat kereta.

Melihat sekeliling tempat parking tu, aku pun sebenarnya tak berapa nak berani tunggu sorang-sorang kat kereta tu, yelah, sekarang banyak orang jahat. Kereta dan orang pun tak banyak kat situ. Hari pun dah mula gelap.

Masa tunggu housemate tu, seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 5 tahun menuju ke arahku, dengan muka yang masam. Jalan pun menonong je.

“Budak ni merajuk, ni” Getus hati kecilku.

Sampai je budak tu kat tempat aku berdiri, terdengar suara ibunya memanggilnya dari kereta yang kedudukannya selang 4 buah dari kereta housemateku. Budak tu toleh dan membalas panggilan ibunya:

“tula, siapa suruh lambat”.

Tengok riak wajah dan cara dia jalan, memang aku pasti dia protes parents dia. Aku cakap kat budak tu:

“Dik, bahaya dik. Sekarang banyak orang jahat. Kang adik kena tangkap nanti. Mak panggil tu”.

Budak tu abaikan je apa aku cakap dan terus je jalan menonong. Mak dia panggil lagi dalam 2, 3 kali, sambil sibuk memunggah barang ke dalam bonet kereta, bersama suaminya. Lepas tu mak dia dah tak panggil lagi, sibuk punggah barang.

Ada 1 orang bro di kereta yang bertentangan dengan kereta housemateku, bro ni juga panggil-panggil budak tu. Tapi budak tu terus menonong. Bro tu dah bising-bising dan bercakap denganku mengenai bahaya budak tu, jalan sorang-sorang, sambil toleh berkali-kali ke arah parents yang masih sibuk punggah barang tanpa memandang langsung ke arah anak mereka yang semakin jauh. Lelaki tu terus memerhatikan budak tu, sehinggalah budak tu hilang dari pandangan.

“Oi bang, anak dah jauh dah tu. Karang anak hilang jangan salahkan orang pulak!”

Sedap je bro ni sound parents tu. Baru lah diorang angkat muka, dan pandang ke arah hujung jalan. Barulah si emak pergi ke arah hujung jalan, di mana di hujung jalan tu, ada lagi 1 pasar borong. Aku toleh ke hujung jalan tu, memang bayang-bayang budak tu pun dah tak nampak. Si emak pun jalan slow je sambil sorong troli yang masih ada barang. Sampai di hampir hujung jalan, ada tong sampah, aku lihat si emak membuang kotak.

“Sempat lagi tu!” ujar hatiku.

Bro di depanku membebel lagi ke arahku:

“orang lain pula yang risau tengok anak dia, mak bapa dia buat bodoh je”.

Dalam hatiku “memang pun”

sambil mataku memandang ke arah si bapa yang masih lagi sibuk menyusun barang dalam bonet. Lama juga bro depanku tunggu, nak tengok budak tu balik, si ibu dan anak tidak muncul-muncul juga. Kemudian, bro itu beredar.

Aku masih menanti housemate. Lama juga, tapi tak tahu berapa lama, sebab tak timing. Sampai housemate ku muncul, si ibu dan anak tetap tidak muncul. Lepas tu, aku balik ke rumah. Tak tahu ape cerita budak tu. Yang pastinya, budak tu jalan memang non-stop dan boleh pergi jauh, dalam tempoh yang singkat, sebab aku habis makan putu piring, budak tu pun dah hilang dari pandangan. Masa budak tu lalu depanku, aku tengah makan putu piring yang ke-2. Aku ada 5 keping putu piring kesemuanya.

Monolog hatiku: Moga jika aku jadi parents suatu hari nanti, janganlah aku jadi parents yang macam ni. Budak tu kecil lagi, dan tak tahu bahaya yang wujud di sekelilingnya. Ish, nauzubillah.

error: Content is protected !!