BLOGGING IN THE DARK

by syaisya on February 9, 2010

Hari ni, di tempat kerja, dengan semangat dan tekad, aku telah merancang, balik kerja ni, aku nak vakum bilik dan basuh baju.

Tiba masa balik, ketika aku hampir sampai ke lorong rumah aku, aku lihat semua rumah sederet rumah aku, gelap. “Alaaa…tak da eletrik la pula”. Ish, kini hancur punah sudah semua angan-anganku tadi. Aisey…

Panasnya, adoi yai… Yelah, kipas tak ada. Tadi dah borak-borak dengan housemate ditemani cahaya lilin tapi rasa bahang pula.

Bosan pun ya juga, sebab tak boleh nak buat apa kerja sangat. Nak buat apa, gelap-gelap macam ni. Nak borak lama-lama pun, macam tak selesa je.

Buka laptop, jenguk blog aku, jenguk blog orang lain sekejap, jadilah aku blogging in the dark malam ni. Tapi tak boleh la nak bloggig lama-lama. Sakit mata nanti tenung skrin dalam gelap ni. Nasib baik lampu suluh setia menemani. Bila dah bergelap macam ni, aku selalu fikir, best nya kalau keyboard laptop aku ni ada lampu. Senang nak menaip dalam gelap. Hehe…

Tadi housemate aku kata, dia dah telefon TNB. TNB kata, lama blackout ni, mungkin sampai tengah malam nanti atau sampai pagi esok. Huish, jangan la sampai pagi esok. Adoi, kami bayar bil eletrik tau tiap-tiap bulan, tak pernah miss. Isk isk uwaaaa….kembalikan semula cahaya di rumah kami dengan segera….

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: