Huh! Geram aku. Orang laki ni, memang tak boleh nak cakap baik-baik sikit. Bila aku cakap baik-baik sikit je, borak-borak lebih sikit, ketawa-ketawa je, mula lah diorang nak naik miang. Dah mula lah nak cakap yang ada unsur-unsur sensored. Menyampah aku. Dahlah sibuk asyik tanya je aku ni dah kahwin ke belum, dari tahun lepas lagi. Asal bercakap dengan aku je, tanya aku ni dah kahwin ke belum. Tak paham, aku!

Memang malas aku nak bercakap dengan dia ni. Kalau tak kerana urusan kerja, memang aku tak hingin bercakap dengan dia. Orang laki ni, tak kira lah, tua ke, muda ke, sama je. Geram nya aku.

Yang buat aku geram, yang tua ni lah, macam mengenyam!. Yang muda ok pula dengan aku. Hari ni aku tak nak lah buat kerja terlalu serius sangat, tension aku nanti. Aku tengah cuba mengawal tahap ketensionan aku kat tempat kerja, hari ni. Dah penat sangat dah, aku ni buat kerja, selalu serius je. Memang susah nak tengok aku ni senyum kat tempat kerja.

Tapi bila jadi macam ni, aku rasa lebih baik aku buat muka masam dan serius macam selalu. Tu lebih selamat, dari aku senyum atau ketawa, depa ingat boleh lah bercakap apa-apa je dengan aku. Not my style la nak cakap yang sensored-sensored ni. Lepas ni aku buat muka serius je, macam selalu, dan bercakap apa yang perlu je, tak payah nak cakap pasal lain. Cakap pasal kerja je. No personal matter! Tapi yang pelik, aku tak bercakap pasal personal pun, dia tanya hal personal jugak. Eiyaks! Aku memang tak nak jawab!

Ish, geramnya! Tak suka! Benci! Eiiiiiiiiii……


error: Content is protected !!