Orang: Aku cantik, sebab aku dah kahwin. Tak kahwin lagi maksudnya tak cantik.

Macam tu eh?

Macam-macam yang orang kata kalau seseorang tu tak kahwin-kahwin lagi, lebih-lebih lagi perempuan yang umurnya dah  melebihi suku abad. Bila kahwin lambat sikit, di cop sebagai tak laku.

Soalan “bila nak kahwin?” atau” bila nak makan nasi minyak?” memang dah jadi soalan lazim diajukan kepada orang yang terutama sekali lepas grad. Sibuk je kan, tanya orang bila nak kahwin.

Bila orang dah kahwin, tak sampai sebulan pun lagi, inai pun masih dijari, soalan ni pula ditanya “dah berisi ke belum?”. Mulalah tangan tu nak pegang2 perut orang, nak cek dah berisi ke belum.

Bila dah dapat anak satu, masa melawat orang tu dalam hari, tanya soalan ni pula “bila baby ni nak dapat adik”. Adeh, pantang pun tak habis lagi, dah tanya bila next baby.

Bila dah dapat baby ke-2, tanya pula “bila baby ke-3. Saya, anak dah nak masuk 3 dah ni”.

Bila anak orang tu dah 4 atau 5, tapi still pregnant lagi, anak pula selang setahun, soalan ni pula orang tanya “kilang buat anak, ke?”.

Haaa..camno tu?

error: Content is protected !!