Sejak 2 hari ni aku rasa macam tak ada mood je nak bekerja. Aku buat kerja pun macam tak bersemangat je. Padahal, bila aku berjauhan dengan kerja aku, bila aku nak cuti, mulalah asyik teringat kerja je. Sabtu dan ahad yang lalu ni, aku datang juga kerja, sebab ada banyak kerja tak siap dek kerana otak aku jem dan badan yang sangat letih, kurang rehat, dan juga sebab cuti CNY last week, aku cuti lama, almost 1 week. Mengalahkan chinese yang beraya pula. Huhu..

Dulu, aku bekerja dengan semangat yang bekobar-kobar, buat kerja rushing je, nak siapkan semua benda dalam office hour juga, sebab aku tak nak dan tak suka OT, weekdays mahupun weekend. Lama-lama, dek kerana beban kerja yang terlalu banyak dan dah overload pun, maka aku dapat merasakan yang aku dah tak mampu nak buat semua kerja ni seorang diri.

Sebenarnya memang penat bila kita buat kerja secara rushing, menggunakan office hour semaksimanya.  Jadi, sejak naik cuti CNY hari tu, aku cuba buat kerja slow-slow kayuh. Man-man ar, janji kerja siap. Buat kerja cara macam ni, memang tak penat, tapi tak tahu kenapa, aku rasa macam tak bersemangat pula. Bila buat kerja macam ni, aku rasa macam otak aku lembap je bergerak. Macam tak leh nak bergerak pun iya juga. Tapi badan memang tak penat, otak pun tak penat juga. Tapi yang tak bestnya, aku sampai rasa macam tak tahu nak buat kerja apa, padahal kerja banyak. Ish.. 

Aku tak tahulah, sama ada ni 1 petanda yang baik atau tak untuk diri aku. Bagus ke cenggini? Tak penat, rileks2,  keje siap tapi dengan syarat kena OT hari-hari, ..Ke… lebih baik buat kerja rushing macam dulu, lepas 1, 1 keje aku siapkan, pastu penat giler… tapi macam dapat 1 kepuasan pula, bila penat giler, tapi keje dapat siap banyak dalam masa yang singkat. Balik pun boleh on time, atau lewat-lewat pun buat OT 1 jam je. Pastu Sabtu Ahad tak payah datang, balik kampung….

Ohhh..tahun lepas, seminggu 2 kali aku balik kampung, kadang2 sebulan 3 kali aku balik. Tapi, sejak awal tahun ni, workload aku tiba2 menimbun secara mendadak, dan aku hanya dapat balik kampung sebulan sekali.

Sejak balik dari cuti CNY aku yang sangat best tu,  aku mula nak ubah cara aku bekerja, supaya aku tak merasa penat sangat. Tapi tahla, rasa macam tak puas pula buat kerja macam ni. Dulu, masa aku sekolah menengah, cikgu kaunselor aku kata aku ni suka bekerja di bawah tekanan. Betul ke gitu?

Smiley

Apa pun, aku tahu, aku perlu bekerja. Aku perlu komited pada kerja aku. Aku perlu beri komitmen yang sepenuhnya pada kerja aku. Kerana…di luar sana, ramai yang menganggur dambakan pekerjaan, ramai yang susah hati runsing 24 jam sebab tiada pendapatan yang stabil, ramai yang berusaha mencari kerja sana sini tapi masih tak dapat-dapat.

Jadi… aku perlu bekerja. Tak de kerja, cari kerja. Jadi bila dah ada kerja, aku kenalah kerja.

Celik mata..kerja..
Pejam mata pun kerja..
Sebab tidur selalu tak nyenyak, otak fikir apa tah…  Smiley

Aku nak lah juga senyum macam ni selalu

Big Smileys

error: Content is protected !!