Bila baca tajuk ni, apa yang korang bayangkan? Berciuman sambil berjalan? Macam mana tuh? Pernah tengok tak couple buat macam tu?

Aku pernah tengok, live..dulu, masa aku jadi waitress sementara tunggu result SPM. Masa tu dah hampir tengah malam, biasala kan, gerai still lagi buka time tu. Ada la orang yang still makan2, mengeteh.

Tiba-tiba tu, sepasang couple ni lalu melintasi gerai-gerai makan ni. Jalan beriringan, sambil tangan melingkari pinggang masing-masing dan bibir mereka bertaut antara satu sama lain.

Semua mata tertumpu pada diorang ni. Pembancuh minuman yang berada di samping aku ni dah mengutuk-ngutuk orang berdua ni. Aku diam je, speechless, melopong, terkejut. 1st time tengok adengan macam tu. Kalau statik tu lain citer la. Ni sambil berjalan. Terror betul diorang ni.

Semua orang tengok je diorang ni sampai la kelibat diorang dah tak kelihatan, termasuk lah aku. Bukan nya apa, aku dok fikir, macam mana diorang buat? Boleh pulak sambil berjalan. Tak pula terlanggar tiang ke, tersadung ke…kalau betul2 diorang ni tersadung, kan ke bagus.

 
Smiley Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

error: Content is protected !!