Hari ni 13 haribulan, bila dah tiba 13 haribulan, maknanya hari closing akaun broadband aku untuk bulan Januari. Bila dah tiba closing date ni, aku kenalah over usage kan quota aku. Rugi kalau tak over usage, bayar wooo tiap-tiap bulan. Last month aku dah rugi, quota 3 GB, aku guna 2.81 GB jek. Adeh..rugi, rugi..

Sejak aku blogging ni, internet usage aku memang kurang. So, memandangkan hari ni last day, jadi aku nak mendownload seberapa banyak yang boleh, selagi boleh. Sejak 3 hari lepas, aku dah start download ‘boys before flower’ dan dah habis download pun kelmarin. Semalam aku tak mendownload sebab lepas balik kerja pukul 9, aku terus balik kampung. Selalu perjalanan 1 jam setengah je, tapi kali ni, pukul 1 pagi baru sampai kampung..wooo, highway jem wooo..

So, ni aku nak download apa ek? Any suggestion? Aku suka cerita korea dan jepun, tapi if korang ada tau apa2 cerita yang best dan berbaloi untuk di download, suggest lah ye. Sesungguhnya aku dah tak ada idea nak download apa…

error: Content is protected !!