Satu malam tu, masa aku pergi pasar borong dengan housemate, ada lah satu minah melayu ni. Dia pakai very short dress dan terdedah di bahagian atas.

Housemate: Pelacur ke?

Aku: Eh, taklah.

Housemate: Habis tu, pakai camtu. Ruginya laki yang kahwin dengan dia. Tak payah kahwin dengan dia pun, dah dapat tengok.

Aku: Takpelah, laki tu bangga.

Housemate: Bangga? Rugilah dia. Dia yang bela, bagi makan, tapi orang lain yang tak kahwin dengan dia pun boleh tengok free je.

Aku: Pakaian dia tu pun laki dia yang belikan juga.

Housemate: Dia belikan untuk pakai kat rumah. Bukan pakai kat luar rumah.

Aku speechless dah. Tak tahu nak jawab apa.

Kenapa aku cakap laki bangga? Sebab memang ada laki yang tak kisah pun wife dia pakai seksi-seksi.

Tapi betul ke lelaki bangga? Orang lelaki, bangga ke?

Smiley

error: Content is protected !!