Sejak pertengahan bulan 12 sehingga ke hari ni, aku diterjah lambakan kerja tahap dewa. Semakin hari semakin bertambah. Sabtu dan Ahad pun aku terpaksa bekerja. Kerja yang semakin bertambah..customer semakin bertambah, bila aku nak siapkan kerja, kejap sana panggil, kejap sini panggil, jumpa customer sana, customer sini, meeting sana, meeting sini, audit sana, audit sini. Aku dah tak larat dah. Tak mampu nak buat. Kerja makin bertambah, tapi aku tak berkesempatan nak buat. Macam mana nak buat? Baru je nak start kerja, telefon berdering. Sana sini, orang panggil. Ada je orang nak jumpa.
Akhirnya, Khamis lalu, otak aku terus jem. Nak buat apa kerja pun dah tak boleh. Sampaikan cari buku pun dah tak jumpa, padahal buku ada depan mata. Colleague aku sampai tegur aku “Hey, what happen to you?”. Soalan ni diajukan kepada ku bila aku tanya dia satu soalan tu, yang boleh dikatakan soalan bodoh. Ni sebab otak aku dah tak boleh nak berfikir langsung. Jem yang sebenar-benarnya jem.
Macam mana boleh jem? Sebab, kerja asyik masuk je dalam kepala aku ni, tapi output tak de, satu kerja pun aku tak dapat siapkan. Tak sempat nak siapkan. OT lah juga 1 hingga 2 jam hampir setiap hari, tapi aku juga perlukan rehat. Otak aku penat sangat. Dah terlalu sarat.
Bila dah jem tu, aku terus ambil keputusan untuk memberi masa untuk diri aku sendiri, malam tu. Nak cari kelainan sikit. Selalu aku, balik kerja, terus balik rumah, pastu memerap je. Jadi malam tu, aku layan Adnan Sempit dengan housemate aku. Saje je nak gelak-gelak. Kalau tak kelakar pun aku nak gelak juga. Nanti mesti ada orang ikut aku gelak, sebab gelakkan aku. Hehe.
Aku buat macam ni pun, demi untuk menyelamatkan masa berharga aku di tempat kerja, keesokan harinya. Kalau aku tak keluar malam tu, dan masih meneruskan rutin harian macam biasa, aku tahu, esoknya, mesti tak boleh buat kerja juga. Sebenarnya, aku nak tunggu CNY, untuk menguraikan kusut-masai akar serabut di fikiran aku ni, tapi nampaknya, CNY masih terlalu jauh untuk aku capai. Terpaksalah buang serabut ni cepat-cepat. Selagi aku serabut, selagi tu, tak boleh siap kerja.
Tiba hari Jumaat tu, aku nekad untuk balik kampung, hari Sabtu. Walaupun aku terpaksa datang kerja hari Sabtu, sebab ada audit. Tak pelah, datang kejap je, 3 jam je. Mesej mak aku, bagitau aku nak balik kampung, mak aku pulak kata dia ada kursus kat KL. Dah lupa ke?
Alamak, lupa pulak. So, caya tak caya, aku nekad “Argh, tak kira, nak berjalan juga”. Sabtu dan ahad ni memang aku tak nak berada di rumah sewa. Lalu aku dengan selamber nya mengambil keputusan pergi ke KL.
Sabtu tengahari baru gerak ke KL. Menaiki bas. Dapat pula bas 2 tingkat. Seat aku kat atas pulak tu. Ni lah 1st time aku naik bus 2 tingkat. Huh! Tak best sungguh. Panasnya, bahangnya, tak boleh nak digambarkan. Orang lain pun sampai berpeluh-peluh. Pulak tu aku pakai baju tebal sikit. Adei..aku rasa macam kena salai pun ada. Aircond ada, tapi tak kuat. Tak de effect pun.
Dah tak tahan tu, aku turun tingkat bawah. Ah, bestnya, redup je rasa. Memandangkan tingkat bawah tak penuh pun, so aku ambil keputusan, stay kat situ, duduk kat seat tepi tingkap, rasa sikit aircond. Seat ni 2nd last.
Tiba-tiba, aku rasa ada air menitik jatuh atas bahu aku. Aku dongak ke atas, alamak, air aircond la pula. Adei..apa ni. Aku ke seat sebelah, tak rasa aircond la pula.
Aku ke seat belakang, ni kira paling belakang lah. Sebab seat lain dah ada orang. Ish, bising bunyi enjin pula. Adei..macam-macam la bas ni. Ke aku yang macam-macam?
Last-last aku duduk kat seat tadi, tapi bukan kat tingkap tu. Kang kalau stay kat seat tu, ada basah baju aku sampai KL nanti.
Akhirnya, aku berjaya sampai ke KL. Alhamdulillah. Walaupun cuma di KL 24 jam je, tapi masa yang dihabiskan di sana, dengan akak aku, aku rasa masa terisi sebaiknya. Tension aku pun, aku dah tinggalkan kat KL.
Balik dari KL, aku naik bus nak ke JB, denganmak aku, tapi mak aku turun kat Air Hitam. Ish, memang aku hangin ngan bas ni. Dah la lambat, kata bus pukul 5.30, tapi pukul 6 baru sampai. Dahtu, sampai bukan terus jalan, tunggu bus penuh. Adoyai, apa ni, bus kat Larkin, cukup masa, jalan. Tak kira, penuh ke tak. Ni, siap nak tunggu orang penuh, still lagi jual tiket. Dah tu dekat 6.30 baru gerak. Pastu bukan direct ke JB terus, singgah Seremban, drop orang, dan ambil penumpang lain. Tunggu lagi sampai penuh. Adoi!
Aku memang dah membebel-bebel kat mak aku. “Pukul berapa nak sampai kalau macam ni. Semua tempat dia nak berhenti”. Dahla aku kena naik teksi untuk balik ke rumah aku.
Sudahnya, pukul 12 lebih baru aku sampai Larkin. Mak aku punyalah risau, aku sorang-sorang malam2 buta ni. Perempuan pula tu.
Tambang teksi pun naik dari RM8 ke RM 12, sebab dah tengah malam.
Aku tawar ngan driver tu RM10, tapi dia tak bagi.
“RM 11 lah dik, orang lain dah naik harga sampai RM15”.
Dalam hati aku “Yelah tu. Ye ye O je”.
Aku naik juga lah. Dah tu, nak balik naik apa lagi. Bukan ada banyak pilihan pun. Aku tahu, driver teksi ni semua, dah pakat harga.
Hari ni, Alhamdulillah, ak boleh buat kerja. Dapat settlekan banyak perkara juga. Tapi aku tak buat kerja yang perlu membaca dan yang memerlukan critical thinking sangat, sebab aku mengantuk. InsyaAllah, esok, aku start buat kerja-kerja yang membaca dan critical thinking ni. Badan pun dah tak lesu, fikiran pun dah tak serabut. Minggu depan CNY, cuti lagi. Yeay..aku memang suka, bab-bab cuti ni..
giler argh..busy sampai x leh pk..
kronik2..
mmg kena rest…
ehehe..memang nak rest, CNY nanti. Sambung cuti sampai rabu. Alhamdulillah, after dah rest gi jalan-jalan, tengok dunia lain, dapat lah buat kerja dengan hati dan fikiran waras minggu ni. Otak ni perlukan sedikit refreshment, tu je. InsyaAllah, bulan 4 nanti, saya travel jauh sikit.