Hai..hai..semua..

Hari ni aku balik dari kerja pukul 8 malam. Balik-balik kerja terus terjah lappy. Tapi aku tak tengok blog aku terus, sebaliknya aku terus buka statcounter, tengok statistik dulu. Sejak akhir-akhir ni, ni lah tabiat aku, tengok statistik dulu, baru jenguk blog aku, baca shoutmix, then klik2 kat tapak2 kaki yang ditinggalkan. Dah jadi habit aku, mengesan tuan punya tapak kaki. Ada beberapa tapak yang memang aku dah tahu siapa empunyanya.

Saja je, aku buat macam ni, so that aku boleh analisa keupayaan blog aku. Dah 2 bulan usia blog aku ni, aku dah boleh dapat exact figure trafik blog aku. Kalau aku update blog, berapa trafik masuk. Kalau tak update, blogwalking je, berapa trafik aku dapat. Saja je nak buat kajian untuk diri sendiri. Sebagai panduan untuk aku memandu blog ni. Lagipun, aku ni memang jenis yang suka menganalisa. Hobi di waktu senggang. Berfikir dan menganalisa.

Lepas menjejaki tapak, aku melawat Geng Blogger. Tiap hari juga aku jenguk sini. Kalau tak lama, sekejap pun aku akan jenguk juga. Saja je, mengikuti perkembangan kawan2, dan juga untuk mengembangkan minda aku tentang hal ehwal dunia blogging ni.  Baca wawancara blogger bulan ni, pastu aku terjah thread yang menarik perhatian aku.
Mata dan tangan aku ni tertarik nak terjah thread ‘Berapa Alexa Rank dan Pagerank Blog Anda’. Haa…aku pun baca2 la thread ni. Aku memang tak tahu pasal Alexa Rank dan Pagerank ni,  walaupun aku selalu terdengar (terbaca la, kan) pasal kedua-dua benda ni. Walaupun aku tak tahu, aku teruskan juga baca thread ni. Sebab aku nak tahu. Tapi, makin aku baca, makin aku pening. Lebih-lebih lagi bila ada percanggahan pendapat 2 orang blogger tegar kat situ. Aku tahu, dua-dua pun betul.
Apasal aku boleh pening pula ni? Selalunya aku boleh je faham benda-benda macam ni. Ni mesti sebab aku yang pening ni. Aku balik kerja hari ni dalam keadaan pening. Pening ar kepala aku dengan kerja aku. Penat ar, malas dah nak cakap pasal kerja aku kat blog ni. Dah banyak kali dah aku menceceh pasal kerja kat blog ni.  Hari ni tak nak menceceh lagi dah.
So, berbalik kepada tajuk asal, apa itu Alexa Rank dan Pagerank? Entah, aku pun tak tahu!. Alamak, pening sudaaa! headache
p/s: kalau korang nak tahu pasal alexa rank dan pagerank ni, boleh la klik kat link thread tu ya..aku tak mampu untuk menghuraikannya kat sini. gomenasai…
error: Content is protected !!