Hai..hai..semua..

Selama 2 tahun ni aku pergi balik kerja, jalan kaki. Pergi balik kampung, naik bas. Kadang-kadang aku balik kampung dengan adik naik motor. Berhujan, berpanas, selama 1 jam setengah. Bila hujan, kena berhenti kat bawah jambatan. Bila jauh lagi nak sampai jambatan, sakitnya kaki kena hujan. Sampai aku decide pakai safety shoe bila balik kampung, baru aku boleh selamber je, kalau hujan pun. 
Mula2 naik motor ngan adik balik kampung, takutnya aku. Adik bawa laju2, cilok sana sini, kadang2 lori or treller kanan kiri, adik cilok juga dengan selambernya. Aku tak berhenti2 mengucap dan selawat dalam hati. Aku fikir, kurang2, kalau terjadi apa2 kat aku, aku dah sempat mengucap. Lama  sangat atas motor, kena angin lagi, sampai aku rasa macam nak demam. Badan pun rasa sejuk je. Muka toksah cakaplah. Memang kebas, sebab helmet gondol takde wizer.
Pastu dapat gaji, ada rezeki lebih aku beli GIVI. Haa.. baru best sikit. Tak de lah rasa macam nak demam. Badan pun tak letih. Mungkin sebab tak kena angin sangat. Kalau tak, sejuk je badan aku. Helmet pun dah ada wizer.
Sebab tak de transport, jadi aku kena duk rumah yang dekat dengan tempat kerja. So, boleh jalan kaki je pergi kerja. Exercise, pergi dan balik kerja (konon-konon, ayat nak sedapkan hati).

Geramnya, cantiknya dia. Aku nak 1.
Yang ni lagi cantik, tapi dengar2 tak de kat Malaysia. Betul ke? Macam nak yang ni je! Nampak smart.

error: Content is protected !!