Tengahari tadi masa kat ofis, aku dikejutkan dengan berita pemergian course mate ku sewaktu di universiti dulu. Lebih terkejut lagi bila mendengar sebab kematiannya. Arwah mengadu sakit kepala dan muntah2. Bila dirujuk kepada HKL, doktor kata ada banyak cecair di dalam kepalanya. Doktor telah menebuk kepalanya untuk mengeluarkan cecair tu. Arwah masih lagi boleh bercakap dan bergerak, sebelum koma selama 2 hari setengah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kami semua rakan-rakan sekuliah, terperanjat mendengar berita ini. Rasa ralat memang menyelubungi diri kawan2 aku yang sememangnya ramai yang bekerja di KL, kerana tiada seorang pun yang tahu, arwah berada di HKL selama seminggu. Sehinggalah salah seorang dari kami terbaca di facebook, ada orang membuat ucapan takziah di atas pemergiannya. Mulalah kawan aku menelefon telefon bimbitnya, dan ibunya memberitahu, arwah telah pergi, jam 12.30 malam tadi.  
Saat diberitahu berita ini, aku terus terbayangkan wajah ceria arwah. Tergambar di mataku wajah ceria arwah dengan berpakaian baju pengantinnya. Arwah baru sahaja menikah 20 Dec lalu, dan majlis di sebelah lelaki sepatutnya diadakan 14 Mac (minggu lepas). Yang ni aku tak pasti, sama ada sempat atau tidak mengadakan majlis di sebelah lelaki, sebab tak berapa pasti tarikh sebenar arwah admit hospital.
Kali terakhir aku berchit-chat dengan arwah di YM masa sebelum dia bernikah. Selepas bernikah, aku hanya lihat gambar2 dia di FB. Aku pun dah lama tak aktif FB sejak awal tahun 2010 ni.
Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Cuma kami terkejut dan, yelah kan, meninggal di usia yang masih muda. Memang semua yang pergi sebab sudah sampai ajalnya, sakit cuma asbabnya. Dan tempoh arwah sakit juga adalah singkat. Kita akan pergi bila2 masa sahaja.
Selalunya bila dengar berita kematian, mesti aku terfikir, ada sebarang kesalahan tak yang aku lakukan terhadap arwah. Mungkin yang aku tak sedari ke. Iktibar yang aku ambil, janganlah menyakiti orang, dengan tujuan memang hendak menyakiti. Of course, dalam kehidupan seharian, kadang2 kita tak sedar kita telah menyakiti hati insan2 di sekeliling kita. Jadi, perlulah selalu mengucapkan kata maaf, dan mengampuni kesalahan2 orang di sekeliling kita.
Bila teringat yang arwah baru sahaja berkahwin, aku terus berfikir, kasihan pada suaminya. Tapi, Alhamdulillah, arwah sempat juga berkahwin, kerana perkahwinan itu adalah separuh dari iman. Sekurang2nya arwah telah mendapat yang separuh tu, dan selebihnya, amalan arwah.
Arwah dikenali sebagai seorang yang comel, ceria dan baik hati. Bila aku tengok balik gambar2 sewaktu study dulu, banyak juga gambar aku duduk or diri sebelah arwah. Baru ni aku perasan.

BACA JUGA :  KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Arwah merupakan orang pertama dalam course mate kami, yang pergi menyahut seruan Ilahi.

Sahabat, walaupun aku akan merinduimu, ku relakan pemergianmu kerana ku tahu, Allah lebih menyayanginya.

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan mendoakan agar rohnya dicucuri Rahmat.
Innnalillah..Al-Fatihah.

error: Content is protected !!