Hari ni aku sangat-sangat tak ada mood nak update blog, sebab badan penat, balik kerja pun dah pukul 8 lebih. Seperti biasa, buka statcounter dulu, jenguk dari mana orang datang. Tertarik dekat satu link page kemasukan. Ahaks, datang dari update contest Ole-ole dari Jakarta Oleh Yuka-Luv. Ada update senarai nama penyertaan yang layak untuk cabutan bertuah. Terus aku klik link tu, cari nama aku kat list tu. Alhamdulillah, ada. Yang ke-51!. Mak ai, jauh betul nama aku. Pastu pesertanya, ramainyaaaaa…sangat ramai. Haha..aku boleh menang ke ni? Huhu..tak mengharap sangat lah..kebarangkalian untuk aku menang cuma 1/64. Tu pun, ada lagi nama yang Yuka tak update lagi. Tarikh tutup penyertaan, hari ni.
Lepas2 dah semak nama tu, aku jadi teringin pula nak join contest lain. Bermulalah episod blogwalking bertemakan ‘cari contest’. Cari juga dekat Gengblogger untuk tengok mana-mana entry yang cerita pasal contest ni. Lepas satu, satu blog aku terjah. Siap catit dekat kalendar tarikh tutup contest2 tu. Senang supaya aku tak lupa. Sebab bukan aku nak join terus sekarang ni. Tengah tak ada idea ni.
Ceh, aku ni!. Dah jadi gila contest pula. Bukannya nak update blog!.. Uhuhu… ^_^.

error: Content is protected !!