Pelajar SMK Green Road, Kuching diumum Pelajar Terbaik SPM 2009

2010/03/11
PUTRAJAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim yang memperoleh keputusan 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2009. Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, hari ini.
(dipetik dari Berita Harian)

Ha..result SPM dah keluar. Tanda tanya dan persoalan yang membelenggu fikiran calon2 SPM dah pun terjawab. Aku pasti, ada yang gembira dan ada yang sedih menerima slip keputusan tu kan. Kepada yang dapat result cemerlang, tahniah aku ucapkan. Kepada yang result tak berapa nak cemerlang, it is OK. You still have future. Enjoy your life, as life is a Rahmat from Allah.

Aku masih ingat lagi, dulu masa SPM, aku tak nak straight A. Kenapa? Sebab aku dah bosan dengan A. UPSR straight A, PMR pun straight A, aku jadi bosan. Aku nak merasa juga, huruf2 yang lain. So, nak SPM, aku malas nak belajar. Time aku form 5 la, aku dok main padang je. Join olahraga, wakil sekolah. Bestnya, berlari2 kat padang. Pastu bila nak SPM, frankly speaking, aku tak study pun. Malas, memang niat aku tak nak straight A.
Untuk paper kimia, aku langsung tak study. Paper Fizik, aku memang tak paham. Aku pernah tanya cikgu aku “Cikgu, fizik ni apa?”.  Cikgu aku pun tak jawab soalan aku. Masa paper sejarah, aku siap tidur setengah jam sebab tak tahu nak jawab apa. Bangun dari tidur, aku pun buat sejarah sendiri.

Sementara tunggu SPM, aku memang fikir tak nak sambung belajar. Kerja je terus, pastu kahwin. Hampeh tul aku ni. Bila result dah keluar, aku pergi ambil result hari ke-2. Ambil kat pejabat je. Nak kata berdebar pun tak juga. Sebab aku tau, mesti teruk result. Bila tengok result, aku terperanjat. Sebab ada 3 A1. Pastu aku banyak B3, termasuk sejarah. Haha..aku gelak je dalam hati. Aku budget sejarah aku C.

Mak aku sakit hati je tengok result aku.

Mak: “Ni, ni, kalau ko study, kan boleh dapat A!”. sambil tunjuk ke arah subjek2 yang B3.
Aku: “Ala mak ni, biarlah. Tak payah la cakap macam tu”.
Mak: “Mak ralat, tahu tak?”
Aku: (dalam hati) OK la tu. Ada banyak huruf. Memang aku nak macam tu, pe.
Pastu kawan2 sibuk minta Matriks, minta U..aku selamba je, ye la, bukan aku nak sambung belajar pun. Tapi aku apply juga, sebab mak suruh. Sebab aku ni anak yang baik, dengar cakap mak (nak masuk bakul angkat sendiri, jap). Dalam hati aku, aku tak harap sangat dapat matriks, atau U. Kalau tak dapat, STPM ada.
Pastu aku masuk Matriks. Masa kat matriks, aku nak 4 flat, tapi tak dapat. Ada seorang budak ni, dia dapat 4 flat masa sem 1. Dia cakap kat member aku “Aku pelik nape orang nak sangat 4 flat. Tak de apa pun 4 flat ni”. Aku yang terdengar, hanya tersenyum je, dan dalam hati aku “Nantilah, bila ko dah tak dapat 4 flat, baru ko rasa, ko nak 4 flat tu”.

Sekolah…rindu woooo..zaman sekolah dulu..

p/s: Biasalah kan, manusia ni. Hanya akan menghargai sesuatu tu, bila dah kehilangannya. Kepada yang belum ambil SPM, belajar betul2 ya, SPM hanya sekali. Pastu, kalau kita dapat result bagus, cikgu pun sejuk tekak mengajar..mak pula, sejuk perut ibu mengandung..

error: Content is protected !!