Kelmarin, tiba-tiba je aku tak boleh ping entri terbaru aku ke geng blogger. Terkejut + frust aku dibuatnya. Dah la masa aku ping tu pun dah nak dekat pukul 12 tengah malam (waktu untuk aku tidur da..). Alih-alih tak boleh ping pula. Adei..tak puas hati ni. Dah godek sana-sini, tak tahu juga mana puncanya. Post la 1 topik kat forum, minta tolong. Dapatlah 1 hint dari blogger lain, mengatakan yang feed aku ada problem. Aku try la adjust url feed setting aku kat profail gengblogger. Tak jadi juga..Try juga ubah url feed kat blog aku, tak jadi juga. Dah 3 pagi, aku pun tidur la, walaupun frust. Esok kena kerja.
Semalam, balik dari kerja, aku sambung lagi misi ni. Setelah ubah itu dan ini, aku cuba lagi ping. Dah boleh ping, tapi entrynya tak keluar pun kat gengblogger tu. Fikir punya fikir, last-last aku detect, keyword untuk menyelesaikan masalah aku ni ialah ‘ping’ and ‘feed’.

Search kat yahoo, jumpalah artikel ni di blog namran.

Lepas baca artikel ni, ni lah langkah-langkah yang aku lakukan:

1. Daftar feedburner, sebelum ni aku tak daftar pun.

2. Lepas daftar, klik kat ‘My Feed’, kemudian klik Tajuk Blog.

3. Klik ‘Edit Feed Detail’ kat bawah Tajuk Blog.

4. Tukar original feed URL dari

         http://myblogname.blogspot.com/feeds/posts/default

                                    atau

         http://myblogname.blogspot.com/atom.xml

                                  ke kod ini:

         http://myblogname.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=3

5. Gantikan perkataan yang berwarna merah di atas dengan alamat blog anda.

6. Klik ‘Save Feed Details’.

7. Pergi kat Dashboard blog anda, klik setting > site feed. Kemudian, paste kod yang anda dah tukarkan tadi ke “Post Feed Redirect URL’.

8. Klik ‘Save Setting’ dan boleh la cuba ping kat geng blogger tu.

Selamat mencuba. Semoga berjaya.

p/s: Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

error: Content is protected !!