My yearly family holiday, 2nd destination –> Langkawi. Kenapa kami pilih Langkawi? Sebab mak aku nak pergi pulau. 1st destination dah pergi tanah tinggi, so kali ni pergi pulau pula.

Naik feri yang bernama Coral Island 2, dari Jeti Kuala Kedah
Pemandangan dalam feri. Actually, seat kitorang kat bahagian tengah, depan sekali, pulak tu ngadap dinding. Huhu..tak best. So, aku dan adik2 panjat ke bahagian atas, untuk menikmati pemandangan. Datang jauh2 dari Selatan, tak berbaloi la tengok dinding je. Apakah?
Sepanjang perjalan aku pandang luar tingkap je. Tengok perubahan warna air laut. Mula2 keruh, aspecially masa kat jeti tu. Keruhnya la hai…
Ni dah tengah sikit..awal2 perjalanan aku tak snap gambar. Menikmati pemandangan dulu..Air belum jernih lagi..
Maju lagi ke hadapan, dalam 1 jam kemudian. Air dah mula nak hijau..
Nampak tak, warna air ni?. Ada dua warna yang berlainan.
 
Saujana mata memandang, setenang hati melihat..gunung-ganang dan lautan..teringat aku pada yang menciptaNya..Subhanallah..
Hijau sungguh..ni dah nak sampai Langkawi..so, air cantik, jernih..
2 jam perjalanan..akhirnya tiba sudah…Alhamdulillah, selamat sampai..

Snap dari jeti
Yang bumbung biru tu lah hotel kami menginap selama 3 hari 2 malam..

Huhu..penatnya..perjalanan hampir 12 jam nak sampai sini…

Hari berikutnya, kami ke Tasik Dayang Bunting.

error: Content is protected !!