Hai…aku sambung lagi entri aku bercuti dengan keluarga di Langkawi.Balik dari Tasik Dayang Bunting, kami ke Pulau Singa Besar dan Pulau Singa Kecil untuk aktiviti berikutnya iaitu memberi makan helang. Dalam kepala kami, bagaimana nak bagi makan helang di tapak tangan? Rupa-rupanya, apa yang kami bayangkan meleset sama sekali. Pemandu bot kami cuma mencampakkan cebisan-cebisan ayam ke laut, dan helang-helang ini akan datang makan.
Nampak bot datang je, mereka keluar dari pulau beramai-ramai
Di pulau ini terdapat sehingga 200 ekor helang, yang terdiri daripada 3 jenis helang iaitu Langkawi (bersaiz kecil, kepala putih, badan koko), Helang Laut (putih dan besar) dan Sewah. Cara helang ni makan, ia tangkap makanan menggunakan kaki, dan kemudian menyuakan makanan ke mulutnya. Helang di sini, memang akan keluar apabila nampak bot datang, kerana mereka sudah tahu, bot datang membawa makanan untuknya.
Rasa seronok tengok helang-helang ni makan. Pantas je mereka tangkap makanan.Kemudian, kami di bawa ke Pulau Beras Basah. Pulau ni cantik sangat.