Hari ni tah kenapa, ada je benda yang tak kena. Masa kat office lagi, aku bad mood je memanjang. Lagipun otak aku pun dah sampai kat kampung je, walaupun jasad masih meneruskan kerja-kerja di office. Tamat je waktu kerja, sepantas kilat aku shutdown pc. Terus balik rumah, packing dan terus menapak ke jalan besar, tunggu bas untuk ke Larkin.
Tunggu punya tunggu, bas tak muncul-muncul. Haish, bengangnya aku. Selalu bas tak lambat macm ni. Paling lama pun selalu aku tunggu, 10 minit je. Ni dah setengah jam, aku berdiri. Muka aku toksah cakap la, memang dah masam mencuka. Tarik muncung 14.
Last-last bas muncul juga. Ada seorang lelaki naik bus dulu sebelum aku. Lepas tu, aku baru je angkat kaki nak pijak tangga bas, bas dah bergerak dah nak jalan. Ish, geramnya aku!. Bila aku naik je bas, nak bayar tambang, aku cakap kat driver tu.
Aku: “Orang belum naik lagi, dah nak jalan”
Driver: “Habis tu apsal tak nak naik, naik je lah”
Aku balas balik statement driver kurang ajar tu.
Ish. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku lepuk driver bas ni dengan sport shoe yang aku pegang ni. Pastu on the way perjalanan, aku dengar orang sebelah aku bising-bising, bebelkan driver bas tu.
“Bawa bas slow giler. (Memang pun, dia bawa bus, siput jalan pun lagi laju).Orang nak cepat! Dari tadi bercakap kat telefon je. Dari Kota Tinggi lagi. Patutnya pukul 7 dah sampai Larkin. Orang nak cepat jadi lambat”.
Orang depan aku: “Tadi masa berhenti dekat Tiram, dia bergaduh dengan driver bas lain. Bertumbuk. Sebab tak puas hati bas tu asyik memotong dia je sepanjang perjalanan”.
Kesimpulan yang aku buat, driver ni memang kurang ajar. Aku nak complaint. Mak cik sebelah aku ni pun nak complaint. Tapi nak complaint kat mana ek? Ada sesiapa tahu, kat mana boleh buat complaint?

error: Content is protected !!