Kalau minggu lepas aku di Beijing, kini aku berada di Penang. Balik bercuti dan start bekerja Jumaat lepas, lewat jam 6 petang, bos aku suruh aku pergi Penang, sambil tunjuk email dari customer yang mengundang ke conference yang di adakan. Dalam hati aku “Aduh, baru je balik, nak kena fly lagi ke?”. Tapi siapalah aku untuk membantah, dah memang conference tu berkaitan dengan kerja aku. Fly dari Senai pukul 2.15, dan tiba di hotel aroud 4 petang. Dah 2 minggu berturut-turut aku dok terbang sana sini, rasa macam pramugari lah pula. Ewah!

Aku happy sebab dapat jalan-jalan. Lagipun ni 1st time aku menjejakkan kaki ke Penang ni. Selama ni hidup aku memang memanjang kat Johor je. Sayang betul aku kat Johor ni. Tapi aku memang tak suka naik flight. Sebabnya, selain bosan, telinga aku rasa sakit bila kapal terbang tu nak mendarat. Lebih-lebih lagi dari dia tengah laju, tiba-tiba je slow, sebelum mendarat tu.

Tapi sebaik sahaja sampai ke airport Penang, sesuatu yang tak diduga telah berlaku. Terkejut dan geram aku bila aku tengok tempat lock beg aku dah pecah.

Grrrr…geramnya aku! Nak minta ganti rugi. Uwaaa…
Aku fly ke Beijing yang memakan masa perjalanan 6 jam, pergi balik elok je beg aku. Ni fly baru 45 minit je, habis pecah lock aku!. Apa kes? Aku tahulah diorang main campak-campak je beg. Aku tengok barang2 aku dalam beg, OK semua, tak berusik. Ni kes, accidentally pecah la ni. Mesti dia terhantuk dengan beg lain yang lebih keras kot.
Uwaa..aku sedih, plus geram! Arrggggghhh…geram! Tak pasal-pasal beg aku jahanam.
p/s: Ni lah pengalaman tak best aku naik flight. Macam dah fobia dah nak check in luggage. Tapi kena check in juga sebab dah overweight.
p/s/s: Sampai sekarang telinga aku ada rasa yang tak best. Macam masa kat dalam flight. Memang semua orang ada sindrom yang sama ke? Ke aku je yang rasa macam ni?

BACA JUGA :  DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADANYA JUGALAH KITA AKAN KEMBALI
error: Content is protected !!