Tok! Tok! Tok! (bunyi ketuk pintu).
Assalamualaikum..yuhuu..apa khabar? Anybody home?
Uhuhu…lamanya aku tak update blog aku ni. Dah 2 minggu tak ada entri baru. Bukan tak nak update, tapi tak berkesempatan. Minggu yang pertama, tiba2 berukband hijau putih ni slowkan speed aku sebab aku dah menghampiri quota limit. Minggu yang kedua pula, aku ke Beijing. Baru semalam sampai rumah. Rindu sangat kat rumah tumpangan aku ni.
Aku masih ingat lagi, masa aku nak apply leave, nak justify kat boss aku, sebab aku nak apply cuti 4 hari:
Aku: “Boss, I nak cuti next week, from 12th to 14th”.
Boss: “Then, who will take over your job?”
Aku: “All my guys, ada”.
Boss: “No, I means if customer come, who will entertain?”
Aku: “Hehe” (sambil menyengih sikit)..”You lah”.
Boss pandang aku sambil kerutkan dahi sikit.
Aku: “That’s why I asked for an assistant, sebab macam ni lah, bila I cuti, susah, tak de orang boleh cover”. (Sebenarnya, boss pun tak tahu sangat kerja2 yang aku buat, sebab semua aku buat sendiri). “Lagipun, kadang2 I kena attend 2 meeting serentak and need to entertain 2 or 3 customers in 1 time, I terpaksa attend salah satu. I nak assistant yang pandai baca procedure”. (2 assistant aku yang sedia ada tak pandai sangat english. So, bila baca procedure, diorang tak faham).
Boss terus cek laptop dia, tengok2 resume yang ada, and then bincang2 sikit pasal candidate untuk assistant aku.
Aku: “Nanti you jangan call I eh, I off handset, sebab roaming”. (Boss memang slalu call aku tak kira masa, walaupun malam. Time aku cuti pun dia call juga)
Boss: “You pergi mana?”
Aku: “Beijing”.
Boss: “Apasal? Dah banyak duit?”
Aku: “Tak ada lah, murah je, sebab tu I join”.
Boss terus sign leave form aku.
Yahoo!, leave dah approve. Kalau dia tak approve pun, aku cuti juga. Kalau dia tak approve, aku minta dia duit ganti rugi. Hehe..best cuti-cuti ni. Happy smiley

error: Content is protected !!