“Contest ini dibawakan dengan jayanya oleh YoycullendotcoM“.
Sebaik sahaja selesai melancarkan perfume Signature, Pamela Anderson menuju ke arah keretanya untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba beg tangannya diragut oleh pemuda yang menunggang Yamaha135 LC. Pamela Anderson menjerit meminta tolong. Jeritan itu didengari oleh seorang pemuda berT-shirt Arsenal yang sedang asyik menimbang bola berdekatan tempat kejadian. Tanpa membuang masa, pemuda tersebut terus menendang bola tersebut dengan kencangnya sekencang tendangan Van Persie. Bola tersebut mengenai tepat ke kepala peragut itu. Peragut hilang keseimbangan badan lalu rebah dan kakinya dihempap Yamaha135 LC. Pemuda tersebut berlari ke arah peragut dan dengan sepantas kilat merampas beg tangan Pamela Anderson. Selepas melepaskan beberapa tumbukan padu ke muka si peragut, pemuda yang baik hati itu berlari-lari anak mendapatkan Pamela Anderson yang masih lagi pucat lesi mukanya. 
Pamela Anderson: “Terima kasih banyak-banyak”.
Pemuda: “Kasih diterima sebanyak mungkin”.
Pamela Anderson: “Boleh saya tahu nama kamu?”.
Pemuda: “Nama glamour saya, Yoy“.
Pamela Anderson: “Sebagai tanda terima kasih, saya nak belanja Yoy milo ais kat kedai mamak depan tu”.
Dalam hati Yoy (“Fuh..cantikk..favourite aku tu!).
Lalu Pamela Anderson dan Yoy berjalan beiringan berpegangan tangan ke arah kedai mamak tersebut. 
 
Keesokan harinya, terpapar di muka hadapan Akhbar Berita Harian 
RAJA LAWAK KE-5 DAN PAMELA ANDERSON DATING DI KEDAI MAMAK SAMBIL MINUM MILO AIS
P/S:Cerita di atas adalah rekaan semata-mata khas untuk contest di YoycullendotcoM. Tiada kena-mengena antara yang hidup dan yang sudah tiada mahupun yang belum lahir.  

BACA JUGA :  CONTEST: BILA BLOGGER BERCUTI!
error: Content is protected !!