Penerbangan ke Tianjin Airport mengambil masa selama 6 jam. 3 jam pertama dalam flight aku mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Maklumlah, aku tak cukup tidur. Balik kerja pukul 6.30 petang, pastu ke Larkin naik bas ke KL. Tiba di KL pukul 1.30 pagi. Soksek-soksek ngan akak aku dan arrange packing bag, aku start tidur pukul 3.30 pagi. Bangun semula sejam kemudian, dan mula gerak ke LCCT jam 5 pagi.

Perut memang berkeroncong. Sangat berterima kasih pada kawan kakak aku yang menyediakan mee goreng untuk kami. Alhamdulillah, dapat juga isi perut. Kira sarapan lah tu.

3 jam kedua di flight, aku dah tak boleh tidur lagi. Mula lah aku bangun2 dan berjalan-jalan. Pergi ke seat akak aku di bahagian tengah. Seat aku ke-3 dari belakang. Adeh, memang penat duduk dalam flight lama-lama.

Ni pengalaman pertama aku naik flight. Kiranya, hati nurani aku ni, memang cukup tak suka naik flight. Boring dong. Kalau naik bas boleh juga tengok pemandangan. Nak tengok pemandangan dari atas awan, silau dengan cahaya mentari pula. Lagipun, seat aku kat tengah. Huhu.

Aku bosan. Mulalah tangan ni gatal nak klik2 kamera.
Setelah 6 jam memanaskan kerusi flight Air Asia, akhirnya aku menjejakkan kaki di Tianjin Airport. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Tianjin Airport, kami terus di sapa oleh angin yang kuat dan sejuk sehingga menusuk tulang-temulang. Semua orang excited time ni, termasuklah aku. Maklumlah, ni lah 1st time aku menjejakkan kaki ke negara orang. Excited sangat snap gambar, sampaikan aku jadi orang terakhir yang masuk ke dalam bas. Semua seat dah diduduki, kecuali satu seat tengah di bahagian belakang.
Pemandangan di luar Tianjin Airport

Perjalanan ke Beijing mengambil masa hampir 2 jam. Sepanjang perjalanan aku melihat pemandangan. Walaupun ramai yang tidur time ni, tapi tidak aku. Sebabnya, aku dah cukup tidur kat flight tadi. Lagipun, aku tak pandai tidur petang. (Tiba di Tianjin pukul 2.30 petang). Aku tak snap gambar pemandangan memandangkan aku duduk di bahagian tengah.

Sebaik sahaja tiba di Beijing, kami menonton persembahan akrobatik. Memang best dan mengasyikkan persembahan mereka ni. Yang paling menarik perhatian aku, persembahan sepasang lelaki dan perempuan (kiranya ibaratkan sepasang couple). Persembahan mereka sungguh asyik dan lemah gemalai.

Persembahan yang paling diminati dan dikagumi oleh semua penonton ialah persembahan motor berpusing-pusing di dalam globe.

Kat dalam globe ni lah motor yang pertama masuk, dan pusing-pusing kat dalam tu. Setelah beberapa minit (tak timing pula sela masa diorang), motor ke dua pula masuk. Kemudian, selepas beberapa minit, yang ke-3 pula. Mereka kat dalam tu buat beberapa formasi dengan motor2 mereka. Pada masa ni, kawan aku habaq, ni boleh masuk sampai motor ke-4. Yeke? Aku macam tak percaya je. Sekali je betul, muncul motor yang ke-4. Semua penonton dah bertepuk tangan. Setelah mereka berpusing2 kat dalam tu, muncul pula motor ke-5. Wah!! Sorakan dan tepukan tangan semakin gemuruh. Memang mantap lah diorang ni. Aku cuba membayangkan, tak pening ke kepala orang yang first tu. Fuhh..memang mantap la. Hebat!
Lepas tu, kitorang pergi makan. Tak susah makan kat Beijing ni. Ada banyak dah restoran halal yang dikendalikan oleh orang Muslim. Nak tahu restoran tu halal ke tak, tengok sign board dia. Kalau sign board warna hijau, maksudnya Halal. Signboard merah, tak halal. Kedai rokok kat sini pun ada yang  bersign board hijau. Ada juga rokok yang tak halal, ya.
Lepas makan, check in ke hotel.

 

Toilet yang hanya ada tisu paper je. So, di mana jua anda berada di China, sila bawa botol kosong untuk beristinjak
Shower. Walau tak berpeluh tapi mandi juga. Sebab dah terbiasa. Pemandu pelancong pesan, sabun 1 hari sekali je, untuk mengelakkan kulit kering dan mengelupas.
Tu je aktiviti kitorang pada hari pertama ni. Biasalah kan, hari pertama dan terakhir masa habis kat perjalanan je.
Bersambung ke siri berikutnya, di Jade Centre. 5 hari aku bercuti di Beijing. Yeay! Best sangat-sangat! Happy smiley

Yang suka berjalan,

error: Content is protected !!