Hari ke-2 di Beijing, tempat pertama yang dilawati ialah Jade Center. Kat sini aku banyak belajar pasal jade. Jade merupakan ‘Raja Batu’. Spelling Jade dalam bahasa cina, kalau diterjemahkan, menjadi ‘Raja Batu’.
Selama aku berada di China, aku pelajari 4 cara untuk mengenali jade tulen atau palsu.
1. Jade tulen boleh memecahkan kaca.
    Aku lihat sendiri demo. Memang kaca tu pecah, tapi jade tak apa-apa.
2. Ikat jade dengan rambut, kemudian bakar.
    Jika jade tulen, rambut takkan terbakar, sebab jade ni menyejukkan.
3. Jade tulen akan kelihatan seperti tompok-tompok awan apabila dihalakan ke cahaya lampu.
    Kalau yang plastik, akan kelihatan plain je.
4. Ketuk jade di permukaan keras.
    Lebih nyaring lagi baik grade jade tu.
Secara mata kasar, memang boleh bezakan yang tulen dan yang plastik. Jade tulen warna lebih jernih dan shining. Jade palsu warnanya agak malap.
Di sini, aku dapat mencuci mata melihat pelbagai bentuk ukiran jade.
Ni jade yang berbentuk kobis. Siap ada katak kat atas tu.
Jade kobis ni dipercayai oleh kaum cina boleh mendatangkan duit kepada pemiliknya jika diletakkan di rumah. Tapi kena letak pada tempat yang sepatutnya. Kalau tersalah letak, nanti bukan duit masuk, tapi duit keluar.
Jade ada banyak warna, bukan warna hijau je. Aku sendiri pun selama ni, asal sebut jade je, mesti aku bayangkan ia berwarna hijau.
Ni pun jade juga. Seni betul ukirannya. Sungguh halus.
Kaum Cina mempercayai, jade berbentuk bulat dan mempunyai beberapa bulatan ni akan menjadikan ikatan kekeluargaan tidak akan putus dan kekal utuh. Bulatan2 itu bersambung antara satu sama lain. Itulah simboliknya.
 
Kalau jade yang ni pula, orang Cina percaya, bila nak tidur, kita usap2 jade ni dengan jari sambil sebut beberapa kali nama orang yang kita nak mimpikan, nanti orang tu akan muncul dalam mimpi kita.
Bracelet. Fuhh! Tengok la harga dia. Boleh gugur jantung.
Macam-macam bentuk diorang create gunakan jade ni.
Orang Cina mempercayai, penyakit berlaku disebabkan panas dalam badan dan jade dipercayai boleh mengeluarkan panas dalam badan. Semua ini adalah persepsi bangsa Cina terhadap jade. Apa pula persepsi anda?
Selepas 2 jam kami di sini, kami di bawa ke Crystal Palace pula.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

error: Content is protected !!