Salam semua..niat sebenarnya nak habiskan entry pasal percutian aku di Beijing yang baru ada 2 part je. Tapi dek kerana tiba-tiba aku diarahkan ke Penang, jadinya, aku selitkan entry pasal kewujudan aku di Penang selama 3 hari 2 malam.
Pergi ke sana atas urusan kerja, sorang-sorang pula tu. Kebosanan membaluti jiwa. Fly sorang-sorang (dengan penumpang lain lah, tapi semua aku tak kenal), duk hotel sorang-sorang, makan sorang-sorang, berjalan pun sorang-sorang. 3 hari 2 malam jugalah aku tak berborak-borak dengan orang. Nasib baik aku stay kat corporate hotel, so layanan pun layanan VIP. Nak masuk dan keluar limo ada orang bukakan pintu, beg orang angkatkan, nak keluar masuk hotel orang bukakan pintu, bila berjalan, terserempak dengan pekerja-pekerja hotel, diorang senyum dan bow…huhu..aku rasa best. VIP lah konon-kononya. Ngeh2..

I miss this bed. Lena tidurku.

Bila lapar nak makan, tengok je menu, pilih makanan, call room service.  20-30 minit kemudian, Ding Dong!. Bell berbunyi, makanan dah sampai. Makan pun kat atas katil empuk. Kalau kat rumah, tak merasalah nak makan atas katil, kotor sendiri juga kena basuh. 1st day aku makan atas meja, 2nd day makan atas katil je, sebab meja housekeeping dah angkat.

Berikut adalah 1st meal aku kat sini. Aku sampai dalam pukul 4.30 petang, so ni kira makan petang dan dinner lah.

Satay yang sedap. Nasi yang pedas sikit, tapi ada ‘kick’.
Cheese cake dan ais krim. Memang favourite aku.
Buah-buahan tropika
Guava juice
Ops..penatlah pula. Ada lagi yang aku nak cerita sebenarnya, pengalaman yang tak dapat dilupakan sewaktu aku menunggu malam untuk menyaksikan Penang Bridge pada waktu malam. Tapi kena tidur cepatlah, esok nak pergi kerja awal sejam, nak siapkan kerja urgent. Ok, good night!
p/s: InsyaAllah, esok aku sambung lagi entry ni pengalaman bersantai di hadapan Pulau Jerejak dan Queensbay.

p/s/s: Makan free, tidur free, everything company support, of course lah best kan.

error: Content is protected !!