Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku akan sambung pasal entri aku di Penang. Hari kedua di Penang, balik dari dengar taklimat dari customer, aku singgah beli jeruk Pak Ali. Yezza..Penang memang glamour dengan jeruknya. Sedap wooo… aku yang tak suka makan jeruk pun, boleh jadi suka makan jeruk ni. Sedap punya pasal.
OK, balik ke topik asal. Lepas beli jeruk, aku ke hotel semula dan kemudian berjalan kaki ke pantai yang terletak di hadapan Queensbay Mall. 5 minit je jalan kaki dari hotel. Dekat jer. Tujuan utama aku lepak kat sini untuk tengok Penang Bridge pada waktu malam. Masa aku sampai pantai ni, hari belum gelap lagi, walaupun jam dah menunjukkan 7 malam. Kalau di Johor, dah mula gelap dah. Haish, lupa pula, sekarang aku kat Utara. Sambil menunggu gelap, aku cuba nikmati pemandangan sambil menghadap Pulau Jerejak.
Aku mula bosan, lambat sangat tunggu hari gelap. Snap gambar batu yang aku duduk.
Batu-batu yang memisahkan pantai dan daratan
Orang Penang suka gak lepak kat sini time-time senjakala ni. Makin senja, makin ramai yang mai.
Oleh kerana bosan sorang-sorang, aku berSMS dengan kawan baikku. Hari mula menggelapkan dirinya. Bila dah mula nak gelap tu, huhu..sesuatu yang diluar jangkaan aku berlaku. Aku nampak 2-3 ekor tikus keluar masuk dari celahan batu-batu yang berhampiran dengan aku. Hah! Tikus!. Kawan baik aku terus warning aku, jangan main dengan tikus katanya, bahaya. Aku tahu tikus ni pembawa penyakit. Huish, makin dah nak gelap, makin banyak pula yang keluar. Aku nak snap-snap gambar pun mula rasa tak senang. Last-last, aku bangun sebab mula rasa tak selamat duduk kat batu tu lagi. Di buatnya tiba-tiba ada yang muncul dari batu yang aku duduk, haru je.
Haish..hajat di hati masih belum kesampaian lagi ni. Lain yang aku nak tengok, lain pula yang aku nampak. Aku pun mula menapak di sepanjang pantai tu, semakin menghapiri Penang Bridge tu, nak snap gambar dengan jarak dekat, tapi…
Haha..ni je gambar Penang Bridge yang dapat aku snap.
Gambar tak clear. Tak boleh nak datang lagi dekat ngan laut tu, sebab tikus-tikus sedang main kejar-kejar. Sebab gelap dan tak on flash, so tak nampak tikus-tikus tu. Dan juga, aku tak boleh nak snap gambar banyak-banyak, sebab dah emergency call dari sang toilet. Cepat-cepat aku menapak ke Mall sebelum pulang semula ke hotel.
Huhu..kecewanya aku, tak dapat nak menikmati pemandangan Penang Bridge di waktu malam. Tah bila lagi aku boleh sampai sini. Sebab kecewa dan perut dah berkeroncong, aku call room service dan order makanan untuk dinner. Tak nak makan nasi, sebab semalam dah makan nasi. Nak try yang lain pula.
p/s: Tengok gambar kek ni, terus rasa nak pergi Secret Resepi pula. Hmm..hujung minggu ni balik kampung, ajak family makan kat Secret Resepi lah. Nyum2!