Salam sejahtera semua. Waduh! dah lamanya aku tak update entry Langkawi aku ni. Ni semua gara-gara terlalu banyak perkara dalam kepala ni yang aku nak coretkan di blog ni. Rasa kasihan dan serba-salah pada visitor-visitor aku yang rajin usha pasal Langkawi ni. Perasaan bersalah yang kian menebal ni membuatkan aku meringankan jari jemari aku untuk menyambung entry percutian aku bersama keluarga di Langkawi. Mungkin aku akan selang-selikan entry Beijing dan Langkawi. Ni semua gara-gara aku banyak sangat berjalan bulan April ni. Hehe..
Okey, sekarang cerita pasal Underwater World yang terletak di Pantai Cenang ni, yang menghimpunkan 400 hidupan akuatik. Nak masuk sini, kena bayar yuran, bukan free eh. Sama juga macam Aquaria kat KLCC tu.
Harga Tiket Under Water World Langkawi
Dewasa RM38 (tanpa MyKad) dan RM 28 (Mykad). Jadi, silalah bawa MyKad ya, untuk mendapat harga yang lebih murah.
Untuk kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun, dikenakan bayaran RM 28 (tanpa MyKad) dan RM18 (MyKad).
Untuk warga emas (55 tahun ke atas) pula, RM 22. Dalam erti kata lainnya, memang dia kasi offer kat rakyat Malaysia lah, kan.
Masuk je dari entrance, ada aquarium yang didiami oleh ikan Arapaima.
Ops, sorry. Gambar tak sharp. Tersalah setting.
Siapakah Arapaima? Jom kita berkenalan dengan mereka:

Bentuk fizikalnya dan cara memburu:
Cara Arapaima membiak:
Kagum aku tengok ikan ni. Subhanallah. Macam-macam Dia boleh cipta.
Agak-agaknya kan, kalau kita masak ikan ni, masak 3 rasa, berapa orang boleh habiskan seekor ikan ni?
Aku ralit tengok ikan ni sampi tak sedar ahli keluarga aku yang lain dah masuk ke dalam Dunia di Bawah Air ni. Lepas tu melilaulah mata aku cari ahli keluarga sendiri. Ngeh2 ^_^.

OK, penat dah. Akan bersambung lagi ke Underwater World Part 2. Aku dan family 4 jam berada di sini. So, banyak yang nak diceritakan. Aku akan ceritakan satu persatu lah ya. InsyaAllah. >> Under Water World Part 2 (Pertunjukan Ular 2) <<

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Yang suka berjalan,

error: Content is protected !!