Dah lama dah aku tahu pasal contest ni. Mula-mula tu takde idea nak tulis apa. Lama-lama rasa macam nak join juga. Tapi tak buat-buat lagi entrynya. Oleh kerana esok dah tarikh tutup untuk menyertai contest, maka hari ni, by hook or by crook, aku kena lah juga buat entry untuk contest ni, walau badan ni masih lagi terasa letih selepas mendarat di Lapangan Antarabangsa Sultan Ismail jam 3 tadi, setelah 3 hari 2 malam berada di Penang. Hmmm..penat pun kenalah juga taip dan siapkan entry ni. Dah tak nak tangguh lagi dah. Dah banyak kali aku tangguh, sejak awal contest ini dilancarkan. Dari takde tarikh tutup, sampai tarikh tutup dah diumumkan, sampai dah nak sampai tarikh tutup dah. Mmmmm..so jadilah aku antara peserta-peserta yang terakhir. Tak pun aku jadi yang terakhir, kalau lepas dari aku ni, takde orang lain lagi yang join.

Tajuk contest

Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda?

Itulah permintaan/tajuk yang diberikan oleh pihak penganjur. Maka dengan ini, secara rasminya aku memilih untuk menceritakan mengenai blog aku, walau pada asalnya, aku bercadang untuk menceritakan pasal blog orang lain. Tapi apa keistimewaan blog aku yang aku nak ceritakan? Ada apa dengan blog aku ni?

Usia blog


Blog yang baru berusia 4 bulan ni, mula dibangunkan seawal Januari 2010. Blog ini merupakan blog ke-3 yang aku bina, tapi merupakan yang pertama dipublish. Yang lagi 2 tu, tak publish pun. Simpan je untuk diri sendiri. Blog ini aku bina dengan istilah “Pelan-pelan kayuh”. Sebabnya, start 1 Januari, setiap hari, waktu malam, balik dari kerja, aku tambah 1 feature kat blog ni, menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang aku dapat sewaktu membina blog yang pertama dan yang kedua.

“Pelan-pelan kayuh”

Tagline

Blog ni aku susun atur mengikut kesesuaian tagline. Tagline asal ialah “Beautifull Life”, sebab tu header blog ni bergambar flora, fauna dan  pemandangan menunjukkan betapa cantiknya hidup ini. Kemudian tagline bertukar ke “Wonderfull Life”, sebelum ditukar kepada tagline yang ada sekarang “Hidup Adalah Anugerah”. Kesemua yang ada di muka bumi adalah anugerah dariNya. So, aku tak tukar template dan membiarkan sahaja template ni. Dalam tempoh 2 minggu, siaplah blog ini dibina dan dipublishkan.

Layout

Itu kisah template. Dari segi layoutnya pula, ramai juga visitor blog ni mengatakan yang layout blog ni simple je. Yup, ianya memang dibina sesimple yang boleh, sebab aku tak suka crowded2, yang boleh menyesakkan mata aku untuk tengok (sebab aku ni rabun, power 600). Ni juga merupakan antara sebab tulisan di blog ni, besar.

Widget

Widget pun tak banyak. Mutiara Kata yang ada diblog ni, aku ambil dari mana-mana bahan bacaan, yang akan aku tukar bila aku ada jumpa mutiara kata yang lain, yang aku suka. Begitu juga dengan Tafsir Al-Quran, bila aku terbaca mana-mana maksud Al-Quran yang terkesan dihati aku, aku akan letak di widget ni. Tujuannya untuk dikongsi bersama orang lain, dan selebihnya adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri yang sering lalai lagi alpa.

Pedoman hidup

Niche

Ops! Terlebih sudah cerita pasal zahir blog ini. Apakah batin (isi kandungan) blog ini? Pada asalnya ia adalah blog personal, dan entry dalam blog ini juga mengenai kehidupan aku sebagai seorang jurutera kilang. Blog ini aku jadikan sebagai tempat aku luahkan perasaan. Tak mahu bising-bising kat telinga orang lain, ngomel itu dan ini. Biar jari-jemariku sahaja yang berbicara. Inilah blog yang sering mendengar jeritan hatiku. Namun, hari demi hari, aku mula terpanggil untuk memberikan niche kepada blog ini, dan aku memilih niche Jalan-jalan.

Syoknya jalan-jalan

Apabila niche ini dipilih, maka blog ini juga aku jadikan tempat untuk merakam memori-memori aku di tempat-tempat yang pernah aku lawati. Idea ini datang kerana menurut pembacaan aku tentang tips berblog, antaranya ialah ‘tulis apa yang anda tahu’. Jadi, aku tulis je lah apa yang aku tahu, dan kebetulan sejak akhir-akhir ni, aku suka bercuti dan jalan-jalan.

Dugaan dan masa depan blog ini

Gelap sepi
Adoyai! Dugaan betul. Sewaktu entry ini ditaip, tiba-tiba black out, dan sebahagian dari apa yang aku tulis, dah hilang. Jadinya ni, aku kena start balik. Sebelum black out tadi aku tengah cerita pasal perancangan aku terhadap blog ni. Banyak sebenarnya yang telah aku rencanakan, tapi aku masih tak laksanakan dek kerana waktu berblog yang sangat terhad. Sebabnya, aku hanya berblog di waktu malam, balik dari kerja. Kat office, bukan masa untuk aku berblog. Tapi balik dari kerja, kadang-kadang terlalu penat, nak mengayat pun rasa macam susah je ayat nak keluar. Biasanya aku memilih untuk tidak mengupdate blog pada waktu-waktu kritikal sebegini. Jadinya, blog ini kadang-kala tidak diupdate, tapi tak bermakna aku tidak menjenguknya. Setiap hari, mesti aku jenguk blog ni, walau hanya sebentar. Kecuali bila aku berpisah dengan lappy kesayangan aku ni. Tapi, InsyaAllah, blog ini akan aku hidupkan dia..maksudnya, aku tak biarkan dia terlalu bersawang. Setakat ni paling lama terbiar tak berupdate selama 2 minggu (beruk band slow down dan aku bercuti ke Beijing).

Aku rasa, cukuplah setakat ni je, omelan dari aku untuk contest ni. Harap ianya memenuhi piawaian para penganjur dan juga juri.

Tulis & Menang

Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.comariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com dan denaihati.com.

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com.

p/s: Ni 1st time buat link untuk banner/image. Setelah cuba beberapa kali mengubah code html, akhirnya berjaya. Alhamdulillah.

error: Content is protected !!