Salam untuk semua. Aha, sebenarnya aku nak beri tajuk asal entri ini ialah ‘Hari Ini Dalam Sejarah’. Tapi memandangkan, aku tak berkesempatan nak buat entri ni kelmarin, jadi terpaksa tukar kepada tajuk yang tertera ni.
Apa yang berlaku kat aku pada 1 May, sehingga aku mencatatnya sebagai sejarah dalam hidup aku ni?. Ohoho, tidak ada apa-apa yang berlaku terhadap aku, tapi telah berlaku 1 kebetulan yang memang betul-betul kebetulannya kepada blog aku.
Apakah itu?
Alkisahnya, aku telah menerima 2 entry khas untuk aku pada masa yang sama, pagi Sabtu kelmarin. Sabtu jam 3 pagi, aku membuat 1 entry khas untuk Eca, sebelum aku tidur. Bangun tidur pagi tu, aku meninjau dashboard aku dan aku dikejutkan dengan entry balas dari Eca. Dia nak saman aku pulak!.
Kemudian aku scroll down lagi dashboard aku. Dah jadi tabiat aku, baca dulu semua tajuk2 entry di dashboard, kemudian baru aku klik dan baca entry2 yang menarik perhatian aku. Terjumpa 1 lagi entry untuk aku, iaitu IN (Ismaill Noh) telah mengreview blog aku setelah aku mendaftar di blognya.
Waktu yang tertera untuk kedua-dua entry ialah ‘1 hour ago’. Maksudnya memang agak serentak kedua-dua entry dipublish. Huhu..aku tersenyum semaksimanya pagi tu. Tapi tak mampu untuk membalas di kotak komen pada kedua-dua entry, sebab mata still lagi payah nak buka. Ngantuk tu. Aku tidur pukul 5 pagi. Tak cukup tidur lah kiranya tu.
Kepada Niseca dan IN, terima kasih banyak-banyak. Buat Niseca, saya sudah mengomen di entrynya, tapi untuk IN, saya belum response lagi. InsyaAllah, akan meresponse kemudian. Tak boleh nak janji bila, takut tak ditunaikan pula. Ada perkara sangat penting yang perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat ni.
Kesimpulannya, 1 May 2010, memang hari yang bersejarah dan bermakna untuk ‘HIDUP ADALAH ANUGERAH’.
p/s: Macam nak tukar je tagline tu kepada ‘KEMBARA HIDUP’. OK tak ek?