Sekarang aku sudah ada kereta. Alhamdulillah, bulan April banyak memberi kenangan manis pada aku. Walaupun kereta sudah keluar pada April lalu, 2 hari sebelum aku terbang ke Beijing, tapi, Jumaat lepas baru aku berkesempatan untuk pulang ke kampung dan bawa balik ke JB.

Alkisahnya, aku dah ada lesen sejak tahun lepas lagi. Kira dah setahun ada lesen P. Tapi aku ni sangat malas nak drive. Dah rasa best sangat jadi ‘mem’. Masuk kereta, duduk je sambil berpeluk tubuh, dah sampai ke detinasi. Kan memang best jadi ‘mem’. Penat ahli keluarga aku suruh aku drive kereta akak aku, mak aku, adik aku, supaya nanti bila aku dah ada kereta sendiri, senang, dah expert. Tapi Virus ‘M’ yang memang dah sebati menular di seluruh urat saraf aku ni, menyebabkan aku jawab “Malaslah”.
Haaa.. akibatnya apa terjadi, bila aku mula drive kereta aku tu?
1st time drive (perjalanan balik dari walimah kawan aku ke rumah mak aku)
Adik aku jadi co-pilotnya. Mak aku kat seat belakang dah kecut perut dah, bila aku keluar dari simpang, kereta dari arah bertentangan sedang laju, dah tu aku keluar slow pulak tu! Huhu..Alhamdulillah selamat sampai rumah.
2nd time drive (perjalanan dari rumah mak aku ke bandar)
Aku perlu melalui 2 roundabout. Adik aku ajar aku, lepas dah tengok kereta dari kanan dah clear, cepat-cepat pandang depan semula. “Tadi kak ngah nyaris langgar divider roundabout tu”.
3rd time (balik dari bandar ke rumah mak)
Masa ni dah malam. Sampai je kat roundabout pertama, tiba2 aku nampak gelap je. Aku panik sikit. Rupanya aku tak ON lampu. Dah lah kereta aku warna gelap (polished metal metalic). Yelah, kat Mall dan bandar kan terang-benderang.
4th time (dari kampung ke JB)

Highway jem. Sepatutnya 1 jam setengah dah boleh sampai, tapi 3 jam baru sampai destinasi. Kenderaan merangkak-rangkak (Cewah! macam laporan trafik pula). Masa dalam perjalanan, tiba-tiba, ada 1 kereta dari line kanan nak masuk depan aku, tapi dia masuk betul2 depan aku, pastu terhegeh-hegeh pulak, macam nak masuk macam tak nak masuk. Aku ni dah makin dekat dengan dia, pastu aku elak ke kiri. Adik aku sound aku, “slow down je, jangan elak. Tau tak tadi kat kiri ada apa? Ada motor lalu tau. Jangan buat macam tu, bahaya. Walaupun memang salah kereta depan tu, tapi kalau jadi apa-apa, kak ngah yang dipersalahkan, sebab kak ngah dah keluar dari garisan. Slow down atau hon!. Ingat, jangan sekali-kali keluar dari garisan”. Adik aku tak kasi tekan brek selalu, nanti kereta belakang marah. Pastu aku drive 60 je, adik aku suruh tambah speed. Highway at least 80, orang marah kalau bawa 60 je. (Adik aku is really a great co-pilot and ada bakat terpendam jadi instructor bebudak belajar amik lesen. Ngeee ^_^. )
5th time (Dari rumah sewa ke office)
Rumah aku kawasan pekerja-pekerja import. Diorang ni memang suka jalan kat tengah jalan @ jalan ke tengah. Kereta yang lalu lalang pula memang macam pelesit. Ada banyak selekoh tajam dan bukit untuk aku ke office. Tiba-tiba, Duk! Ehehe..side mirror aku terkena tangan salah seorang pejalan kaki tu. Tapi aku teruskan je perjalanan. Mana bisa aku elak dia, kereta dari arah bertentangan dekat je dengan aku. Aku tak berapa pandai tekan hon. Patutnya aku tekan hon, kan? Aku ni drive memang slow je, buat ape nak laju2, aku seram tengok kereta laju-laju. Dah lah berbukit-bukau, selekoh sana-sini. Kereta banyak, orang pun banyak. Kawasan rumah dan office aku memang sangat mencabar kewibawaan driver. Pekerja-pekerja import ni pula, kalau kita hon pun, buat selamber je. Telinga tersumbat kot!. Ish, geram aku. Akak aku yang beberapa kali drive kat kawasan rumah aku pun cakap, memang dahsyat kalau drive kat kawasan ni.
Parking
Parking pula, so far aku tak pernah parking side. Macam nak try juga. Parking kat dalam rumah aku pula, lagilah mencabar. Kawasan sempit, ada tiang pulak kat tengah-tengah. Haish, last-last housemate mengalah, dia parking luar. Patutnya boleh masuk 2 kereta, tapi dia bagi aku je park kat dalam. Dia tak pandai nak bagi guide untuk parking ni. Lagi dia takut jadi apa2 kat keretabaru aku tu.
Housemate: “Lain kali beli kancil je dulu, dah pandai baru beli kereta besar!”.
Dalam hati aku: “Aik, ingat beli kereta ni macam beli bawang kat pasar ke?. Semudah itu nak tukar2 beli”.
Haish! Macam2, tapi aku pun tak salahkan housemate, salah aku sendiri. Padan muka! Sape suruh malas praktis. Lesen buat perhiasan. Uhuhu! 

p/s: Nasib baik kereta auto.

BACA JUGA :  SILA JANGAN TENGOK AKU, BAHAYA! TAK ELOK UNTUK KESIHATAN!

error: Content is protected !!