Walaupun kala ini agak letih dan ngantuk, aku rasa aku masih mahu meluahkan dan mencoret sesuatu di blog kesayangan aku ni. Kala ini, aku sedang melakarkan sesuatu untuk future aku. Hidup ini perlu diteruskan, dan aku mahu menjadi yang lebih baik. Oleh yang demikian, aku perlu mencari yag lebih baik dan berusaha ke arah itu.
Usaha yang gigih aku perlukan. Sebab aku nak tukar kerjaya. Dari seorang engineer kilang, aku mahu menceburi bidang oil and gas. See! Betapa jauhnya beza kerja aku sekarang dengan pengalaman yang aku ada. Bagai langit dan bumi! Ibarat pungguk yang mahukan bulan. Payah benar bila aku nak karang resume. Cuba memerah otak mencoretkan sesuatu yang bisa menarik perhatian future employer. Tips-tips membuat resume for career changes aku dah baca. Namun, baca memang senang, nak realisasikan tu yang aku rasa payah.
Resume dan CV yang dikarang, perlulah menepati requirement future employer, bukannya boleh syok sendiri. Untuk itu, siang di waktu kerja, buat kerja macam biasa. Malam, balik dari kerja, perlu memikirkan soal next kerja. Now, I’m badly wanna change my career, indirectly, changing my future. InsyaAllah.
Kenapa aku nak sangat tukar kerja? Tatkala aku semakin merasakan diri ini ibarat pohon yang tidak berbuah. Ada ilmu tapi tak diamalkan, tak dipraktikkan. Sebelum semua yang aku pelajari luput dan pupus dari ingatan aku, adalah lebih baik untuk aku cepat2 mengubah haluan kapal yang sedang aku pandu ni.
Tadi aku sempat emel2 dengan ex-boss aku (ex-boss aku adalah antara consultant kerjaya aku). Dia juga setuju dengan aku. Dia kata, memang bagus kalau aku tukar kerjaya sekarang. Otherwise, aku akan stuck dalam industri ni, macam dia. Dah tak leh lari mana. Kalau aku tak tukar kerjaya sekarang, sampai tualah aku jadi minah kilang. Oh, tidak!. Aku tak mahu!.