Tahun ni, aku memang menanti-nantikan cuti tahun baru cina. Kenapa? Sebab aku dah penat sangat dah kerja. Bukan setakat badan je penat, otak aku pun penat sangat dan kepenatan otak aku melebihi kepenatan badan aku. 
Jadi bila tiba dah nak raya cina tu, Jumaat lepas, hati dan fikiran aku meronta-ronta nak balik kampung. Tak sabar rasanya nak lontar dan benamkan semua kekusutan dan tekanan yang ada. Dalam erti kata lain, cuti CNY kali ni memang aku nak gunakan untuk defragment dan nak buang semua bad sector yang ada. Nak kasi banyak ruang sikit, supaya lepas cuti nanti aku boleh buat kerja dengan segarnya.

 Photo kredit to tipswinpc

Perjalanan untuk pulang ke kampung terpaksa aku tunda, dari perancangan awal nak balik pukul 6 petang, aku tunda ke 7, dan kemudian tunda lagi ke pukul 9, sebab nak siapkan kerja punya pasal. Lastly, aku mula bertolak dari tol Skudai dalam pukul 11 malam, sebab singgah sekejap, makan kat petrol cure. Highway jem, banyak giler kereta, kenderaan merangkak-rangkak (cewah, macam laporan trafik la pula).
 
Photo kredit to ibabuzz.com

Akhirnya berjaya sampai ke kampung dengan selamatnya jam 1 pagi. Mmmm…penatnya..

Sabtu

Aku tak pergi mana-mana. Berblogging seharian, layan GB. Bestnya,selalu sehari paling lama boleh blogging 4 jam je. Ni kira balas dendam la ni.

Ahad

 

Tak pergi mana-mana juga kecuali ke rumah jiran, ada kenduri kesyukuran dan majlis potong jambul. Suasana dan aktiviti yang aku rindukan – baca Yasin beramai-ramai, berselawat, bertahlil…best2..

 
Photo kredit to tajuddinfarid flickr.com

Kalau kat rumah sewa aku, tak de maknanya nak ada aktiviti2 macam ni. Dah aku tinggal kat kawasan foreigner! Sini banyak rumah asrama deme ni..sampai dah jadi black area dah. So, aku enjoy dengan aktiviti2 macam ni..rasa rindu terubat. Sambil2 tahlil tu, aku duk tengok muka makcik2 yang sampai terlelap-lelap, kengantukan (eh, ada ke istilah ‘kengantukan’ ni). Ada yang sampai mata dah nak terpejam, dan mata keatas sebab konon tak nak pejam mata, tapi pejam juga. Aku perhatikan je, lama tu bila dia buka mata, aku senyum je la kat dia.. Ehe..senyum iu kan sedekah..
 
Big Smileys

Isnin

Bermandi-manda di Gunung Belumut.. Oyo…ramai nye orang. Crowded giler. Sejak kecil aku datang mandi-manda kat sini, ni lah paling ramai orang dan airnya pula…uhuhu…sangat mengecewakan kami sekeluarga..air yang keruh, tak jernih macam sebelum2 ni. Mungkin juga kitorang datang dah kul 3 petang, so dah ramai orang dah mandi. Turun dah sikit semangat nak mandi.

So, kami sekeluarga panjat ke bahagian atas lagi. Orang pun tak ramai sangat kat atas ni. So bolehla bergerak bebas sikit. Luas sikit kawasan jajahan takluk. OK lah sikit air nya, cuma tak dalam macam bahagian bawah la..Air paras lutut je. Air pun tak berapa nak sejuk. Kalau dulu, cecah je air, dah boleh rasa kesejukan tahap cipannya. Berendam sekejap je dah menggigil sampai kecut2 jari ni. Tapi best juga lah, sebab boleh spend time dengan family dan boleh main air, dengki2 simbah air kat adik-beradik.

BACA JUGA :  PERSEMBAHAN "MALAYSIAN NIGHT" MAKAN MALAM TERAKHIR DI GOLDEN PALM TREE RESORT
Aku ambil peluang ni untuk terapi minda aku. Aku cuba ringankan badan, nak kasi terapung sikit, pejam mata, dan cuba dengar bunyi2 alam..Mmmm…bestnya, mendamaikan..bunyi2 serangga dan air mengalir, dengan air yang sejuk2, cuaca pun tak panas, redup…best2..Rileks.. Tekanan..pergilah engkau..
Selasa

Ehehe..aktiviti yang memang aku dah plan sebelum balik kampung lagi, panjat gunung. Dah lama tak mendaki gunung ni. Last sekali jungle trecking gunung ni tahun lepas. Walaupun gunung ni tak tinggi sangat, tapi OK lah kan. Still berpeluh juga lah. Laju juga la degupan jantung aku ni.
Ni treck naik:
Panjat lagi..
Masa nak turun tu, aku tersalah pilih treck, terpilih treck yang tak mencabar dan tak ramai orang. Aku dengan mak dan kakak aku je ada kat situ. Sunyi nye sekeliling. Unggas2 pun tak berbunyi sangat. Aku suka dengar bunyi unggas ni. Memang aku suka bermesra dengan alam.
Dah nak turun:

Turun lagi:

Turun lagi..masa ni mak dan akak aku dah jauh juga tinggalkan aku, sebab aku sibuk snap gambar. Hehe..memang aku enjoy snap gambar pemandangan.
Sibuk duk snap gambar je, tak sedar dah sampai kaki gunung..Kat sini ada tempat riadah dan peralatan2 bersenam. Kira kalau nak exercise tu memang senang lah kat sini.
Nak balik tu, cross jambatan gantung. Ni shortcut nak ke carpark.

Ni swimming pool untuk budak-budak.

Dah nak balik tu, kat kereta, tengok awan pulak

Sampai kat depan rumah, aku ternampak anak kucing sedang bergurau-senda. Aku memang suka sangat tengok anak kucing bergurau..mengasyikkan..comey…Tapi tak dapat nak snap aksi deme gurau, sempat snap yang ni je, tu pun snap dari dalam kereta.

 

Dah keluar dari kete, deme dah tak gurau pula..alamak..Tapi aku suka gambar ni, comel la yang kanan tu. Gambar ni pun tak berapa nak sharp, sebab masa tu angin kuat.

 
 
 

Rabu

Malam tu, pi tengok wayang ngan mak dan adik aku. Tengok cerita Little Big Soldier lakonan Jackie Chan. Best citer ni, kelakar. Tapi dalam kelakar2 cerita ni, sempat gak aku terlelap 2 kali. 1st tu, aku tersedar bila ada orang jalan kat tepi aku, 2nd, bila orang gelak. Yang 2nd time tu aku rasa rugi pula terlelap, sebab nak juga ketawa macam diorang tapi tak tau diorang ketawa sebab apa. Aku terlelap mungkin sebab aku duduk seat baris ke 5 dari depan, so tengok agak sedikit mendongak. So mudah la terlelap. Lagi satu, sebab aku penat kot. Wayang start pun dah pukul 10.45. Tapi cerita ni memang best arr,Jackie memang kelakar. Suka juga tengok dia fighting.

BACA JUGA :  CONTEST TEKA UMUR SI COMEL: SIAPAKAH PEMENANGNYA?

Overall, cuti CNY kali ni, menguraikan segala tekanan kerja aku, and very meaningful…Best sangat…

Contest Bila Blogger Bercuti ini dibawakan dengan jayanya oleh Fitrihadi

error: Content is protected !!