Entry ni aku tujukan kepada seorang blogger yang aku baru je kenal 3 hari. Eca namanya. Aku tergerak nak buat entry ni untuk Eca sebab semangatnya yang jitu lagi berkobar-kobar untuk menukar background yang menyenangkan mata visitor-visitor dia. Kesungguhan Eca menyebabkan aku adore dekat dia,  dan membuatkan aku terasa macam nak tukar header juga. Eca, kau memang kreatif!.

Stamina Eca dalam berblog ni, aku rasa tak perlulah aku sangkal. Memang hyperaktif. Ish! Ish! Dahsat Eca ni. Gaya penulisan dia pun happy go lucky je. Aku rasa memang ramai yang gelak-gelak bila baca entry-entry dia.  

Bagi aku, dia dah berusaha bersungguh-sungguh dan cuba yang terbaik untuk mengambil kira pandangan semua orang, untuk memuaskan hati semua orang. Jadinya, aku terpanggil untuk support Eca.
Kepada Eca, Sya sertakan screen shot untuk tatapan mu. Inilah yang terpampang di mata Sya bila membuat lawatan ke blog Eca. Nak dihuraikan dengan kata-kata, Sya rasa payah. Oleh kerana A Picture Tells Thousand of Words, so tengok screen shot je lah, ya.
Pandangan yang Sya beri dan Eca balas:
 Masa ni Eca dah kecikkan font memandangkan ramai yang kata font besar sangat:

Ni apa yang Sya nampak. Bila view 100%, tak nampak keseluruhan blog.

Bila kecikkan view ke 75%, baru nampak overall blog ni. Walaupun tulisan entry jadi kecil sikit, tapi still OK, boleh baca. Tak de lah kecil sangat. Just nice. Sya yang berkacamata tebal ni pun still lagi boleh baca dengan senangnya. 

So, Eca, dah OK dah tu apa yang Eca buat. Takpe, bila nak baca blog Eca, Sya tukar percentage view. Small matter je tu.

p/s: Sya pun tak tahu, OK ke tak view blog Sya ni di mata visitor. Kalau Sya dah jumpa semula site untuk standardizekan blog view untuk semua browser tu, Sya bagitau Eca, ya. InsyaAllah.

BACA JUGA :  BLOG KEMBALI PULIH SEPERTI SEDIA KALA
error: Content is protected !!