Hari ni, kat tempat kerja, tiba-tiba je seorang senior officer ajak aku borak pula masa aku nak ambil surat pengesahan dari dia. Dia macam mengeluh lah sebab anak dia yang sulung, form 4, malas nak belajar. Dia kata dia still kena kerja, cari duit, sebab masih perlukan duit untuk besarkan anak-anak. Umur dia yang aku tahu, memang dah 50+.
Mendengar keluhan dia ni, buat aku betul-betul terfikir, payah juga kan, bila kita dah berumur, tapi anak still kecil lagi (masih sekolah dan tak bekerja lagi, aku consider kecil lah). Yelah, kalau umur kita 50, tapi anak dah kerja, OK lah kan. Sekurang-kurangnya kita tak payah tanggung anak tu lagi. 
Sebelum ni aku memang selalu dengar orang cakap macam ni “Kahwin muda lah best sebab nanti bila dah tua, anak dah besar”. 

Hmmm…dalam pada waktu yang lain juga, aku selalu juga terfikir, rugi lah pula kalau kahwin lambat. Ops! Adakah aku sudah sampai seru secara tiba-tiba??? 

Apa pula pendapat anda? Apa kelebihan kahwin muda selain dari yang saya sebutkan di atas. Boleh lah share pandangan dan maybe pengalaman anda sendiri di ruangan komen di sini.

error: Content is protected !!