Hari ni sebenarnya aku agak penat. Huwaaa…bukan penat bekerja, eh. Aku hari ni sangat malas nak buat kerja. Asyik terlelap je kat tempat kerja. Dah geram asyik terlelap je, aku berdiri, buat kerja sambil diri. Tapi boleh terlelap juga. Astaghfirullahalazim…hampeh betul aku ni. So, balik kerja hari ni on time, ajak member pi makan mcd..ouw..best!. Balik dari makan la rasa macam penat..huhu..
Hari ni sebenarnya ingat tak nak buat entri..nak mengemas bilik. Maklumlah, baru balik dari kampung..eh eh..tak jadi balik kampung sebenarnya, tapi gi melepak tidur kat rumah member, berronggeng Rokiah dengan coursemate masa kat U dulu. 
Badan yang letih campur malas ni tiba-tiba je jadi segar bila aku halakan cursor mouse ke gambar earning nuffnang. 
Ouwhh..sangat2 terkejut lagi mengejutkan. Terus besar mata aku ni, tengok betul2 apa yang tertera. Semalam aku check, masih lagi seperti hari2 sebelumnya, RM 0.00. Ni tiba2 je RM0.75. Aku terkejut plus teruja, sebab aku baru je daftar nuffnang Selasa lepas, jam 11 lebih, malam.  
 
Ingatkan after 2 month baru boleh dapat earning dari Nuffnang. Ke memang setiap hujung bulan Nuff tunjukkan berapa earning kita dapat? Uhuh..sesungguhnya dan bahawasanya aku masih belum pandai lagi pasal nuff ni.  Belum sampai seminggu pun lagi jadi nuffnanger.
Kawan2, yang dah lebih berpengalaman dan dah lama bermesra dengan Nuff, mungkin boleh beritahu aku, apa yang aku dapat ni. Ni ke namanya Buffered Earning? Ke sebab hari ni hujung bulan, so jumlah earning kita dikira? Yang aku tahu, dah RM50 baru boleh cash out, eh? Gitu eh? Uhuhu…

Aku yang masih blur pasal Nuffnang,

error: Content is protected !!