Oi Sya Isya oi, Tolonglah jangan tengok aku, OK. Jangan gatal-gatal tangan nak pi jengah dashboard. Jangan gelenyar jari tu nak membebel kat sini pula. Sila tutup blogspot dan gengblogger. Off YM segala bagai. Tak elok untuk kesihatan career kamu sekarang ni, OK! Kata nak tukar kerja, nak cari kerja yang masyuk, so pi karang resume sekarang! Dah! Dah! Sudah aku cakap! Tutup aku sekarang ni! Pi buat resume, lusa dah due date.
Oi! Pi buat resume, cepat! Cepat! Sila jangan degil kalau tak nak menyesal di kemudian hari. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang tau! Sudah! Degil betul kau ni ya, Sya ISya!. Aku kata tutup-tutup lah, aku. Jangan tengok aku lagi! Dah siap hantar resume baru boleh tatap aku! Shuh!