OK, aku sambung explorasi aku sekeluarga di Underwater World Langkawi ni. Selepas melepasi ruangan entrance, aku dan keluarga mula mengeksplore setiap seksyen yang terdapat di sini.
Sebelum ke sini lagi, adik aku selaku koordinator percutian ini, sudah mula merancang agar kami dapat melihat semua pertunjukan yang ada di sini (ada feeding show and ada juga pertunjukan kelincahan dan kepandaian haiwan-haiwan yang terdapat di sini). OK, aku ceritakan 1 persatu, ya.

Pertunjukan pertama yang aku tengok ialah pertunjukan ular oleh Raja Ular, Malaysia. Dalam pertunjukan ni, banyak ilmu pasal ular aku dapat. Antaranya:

Terdapat 3 kategori ular iaitu:

1. Ular yang tidak berbisa (sawa)
2. Ular separuh bisa (bakau)
3. Ular yang sangat berbisa, jika digigit boleh membawa maut (king cobra iaitu ular tedung).

Ular paling mudah dijinakkan

Ular yang paling mudah dijinakkan ialah ular sawa. Mendengar sahaja statement ni, hati aku terus berkata: “Patutlah, di mana-mana aku pergi, aku selalu tengok orang dengan selambernya memegang ular sawa yang dililitkan di leher, dan siap offer kepada orang ramai untuk bergambar lagi tu”. Masa pertunjukkan ni pun, raja Ular tu offer pada penonton untuk pegang ular ni. Memang dia diam je, no reaction.

Masa pertunjukan tu, spesies ular sawa albino ni lah yang digunakan. Photo kredit to razurya flickr.com
Ular yang paling ditakuti

Ular tedung pula memang tak boleh dijinakkan. Semua ular takut dengan ular tedung, sebab ular tedung ni tidak makan haiwan lain selain ular.

Apa nak buat kalau terserempak dengan ular?

Jika kita terserempak dengan ular jangan terus mara ke hadapan, sebaliknya, berhenti serta-merta, dan mengundur dengan perlahan-lahan. Sebabnya, pada jarak 3-4 meter, ular tak nampak kita. Ular sangat peka pada pergerakan. Pergerakan kita akan menarik perhatiannya. That’s why kita kena go stand slowly. (Tapi kalau agak-agak nak main kejar-kejar dengan ular tu, pi lah lari laju-laju. Confirm dia kejar. Hehehe..) 

King cobra yang paling digeruni. Photo kredit to razurya flickr.com

Cara-cara mencium ular?

Dalam show ini juga, aku dapat tengok cara-cara raja ular ini mencium dan menggigit ular bakau dan tedung. Jika si ular tidak bersedia untuk dicium, dia akan gigit ular itu.

 

Ular ni tak bersedia untuk dicium

Semua persembahan ular adalah berisiko dan merbahaya kerana mereka menggunakan ular yang liar. Ular yang jinak tidak boleh digunakan untuk show. Pada pemikiranku, yelah, jika ular tu jinak, nanti dia takde reaksi pulak, bila orang buat apa-apa pun kat dia, so macam mana nak buat show, macam ular sawa tu. Kita buat apa-apa kat dia pun, dia diam je..(Hehe..of course lah kan, selain dari dia dah dijinakkan, confirm perut dia dah dikenyangkan dulu).

BACA JUGA :  KEMBALI KE HOLIDAY INN KUALA LUMPUR GLENMARIE

Seterusnya kami masuk ke dalam seksyen-seksyen yang menempatkan pelbagai jenis haiwan. >> Hidupan laut yang sangat cantik <<

p/s: Ular selalu datang bertandang kat rumah mak aku.. Korang pernah tak ular masuk dalam rumah? Apa korang buat untuk suruh ular tu keluar?

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Yang suka berjalan,

error: Content is protected !!