Malam semalam, aku sekeluarga menonton Filem Karate Kid. Oyo..very the best wooo…cerita ni..Alamak! bahasa aku! canggihnya! isk isk.

Ok, pengambaran di Beijing ni membuatkan aku terkenang saat-saat manis aku melancong ke Beijing… Agaga..entri Beijing aku pun tak habis lagi. Baru ada 2 episod.

Tembok Besar Cina: Masa aku datang sini, hujan renyai, kabus. So, tak clear pemandangan. Huhu..sedih..Takpe, dalam cerita ni, aku boleh nampak clear view kat tembok besar ni..Memang cantik ar view dia.

Istana Maharaja: Memang luas kawasan istana ni.
Bird nest dan ice cube pun ada ditunjukkan dalam movie ni. Agaga..terkenang aku..Hehe..
Oklah, stop cerita pasal lokasi pengambaran. Sekarang usha pasal si Karate kid ni: Jaden Smith a.k.a anak lelaki Will Smith. Smart ar lakonan dia. Dia lah nadi kekuatan cerita ni. Of course lah, kan, dah dia hero dalam movie ni. Lakonan yang sangat berkesan dan mantap!
Fuhh! Straight je kaki dia, bukan senang nak buat macam ni.
Jaden Smith. Ada gaya bapa dia, kan. Anak bapa.

Kalau Jaden nadi, Jackie pula tunjang kekuatan movie ni. Mula-mula tu, aku pun tertanya-tanya, Jackie ke ni? Nampak lain muka dia, sebab dia serabai sikit dalam cerita ni.

Haha..Part ni kelakar. Aku ingatkan, memang iye lah si Jackie ni nak tangkap lalat guna chopstick!
Watak penyeri dalam cerita ni, siapa lagi kalau bukan mak dia.

Scene yang aku suka:

1. Masa Dre (Jaden) tengok orang berkungfu depan ular tedung. Masa aku tengok tu, memang aku nampak, tedung tu yang ikut kepala orang tu, tapi Dre nampak sebaliknya.

2. Jackie suruh Dre tengok air kat dalam mangkuk masa kat Tembok Besar Cina:

Jackie: Apa yang kamu nampak?
Xiao Dre: Saya
Jackie kocak air tu, dan tanya lagi soalan yang sama.
Dre jawab: Keruh.

(Perbuatan dan soalan yang sama Dre buat kat kawan perempuan dia, tapi untuk soalan kedua, perempuan tu jawab “saya”.

Obviously, setiap inividu memandang sesuatu perkara dengan pandangan yang berbeza.

3.  Tournament

Of course lah, scene masa dia lawan lah yang best!. Mantap!

Kesimpulannya, aku suka sangat cerita ni. Nak tengok lagilah. Tapi kat rumah je lah. Tak kan nak pergi  panggung lagi. Koyak ar poket aku..
Korang dah tengok ke movie ni? Kalau dah tengok, apa pendapat korang? Kalau yang belum tengok lagi tu, pi lah tengok. Memang berbaloi beli tiket untuk movie ni. CD/DVD pun dah keluar rasanya.

Nak upload lagi gambar, tapi berukbend semput. Agaga…

error: Content is protected !!