Rasulullah s.a.w. hanya pernah sakit boleh dibilang dengan jari. Yang lainnya Rasullullah s.a.w. sentiasa dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang teramat berat dan mencabar.

 

Berikut adalah beberapa cara hidup yang Rasulullah s.a.w amalkan:

 

1. Selalu bangun sebelum Subuh

 

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

 

2. Aktif menjaga kebersihan

 

Rasulullah s.a.w. sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian juga menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim).

 

3. Tidak pernah makan berlebihan

 

Sabda Rasulullah s.a.w. , kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan, tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan), “(Muttafaq Alaih).

 

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda:

 

1. 1/3 untuk udara
2. 1/3 untuk air
3. 1/3 untuk makanan

 

Ada 1 pendidikan khusus untuk umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Rasulullah s.a.w. selalu berpuasa sunat.

 

4. Gemar berjalan kaki

 

Rasulullah s.a.w. berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

 

5. Tidak pemarah

 

Nasihat Rasulullah s.a.w. , “Jangan marah” Diulangi sebanyak 3x. Ini menunjukkan hakikat kekuatan kepada seorang Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi pada kebersihan jiwa.

 

Bagaimana menahan perasaan marah?

 

1. Caranya ialah dengan mengubah posisi ketika marah:
Jika sedang berdiri, perlu duduk
Jika sedang duduk, perlu baring.
2. Kemudian bacalah Ta’awwudz (A’uzubillahiminassyaitonirrajim) kerana marah itu daripada syaitan.
3. Segera ambil wudhu’.
4. Solat 2 rakaat bagi mendapat ketenangan dan menghilangkan gundah di hati.

 

5. Optimis dan tidak berputus asa

 

Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

 

6. Tidak pernah iri hati

 

Kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati bagi menjamin kestabilan hati dan kesihatan jiwa.

 

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah (mendatangkan keburukan pada diri) dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah (mendatangkan kebaikan pada diri).

 

7. Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

 

Sekiranya kita marah, marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan sihat.

 

Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi dengan memberi. Sebenarnya banyak lagi cara hidup Rasulullah s.a.w. Mencontohi Rasulullah s.a.w. bukan secara serpihan tetapi dalam segala aspek kehidupan. Semoga kita semakin dekat dengan Rasulullah s.a.w.

 

Petikan: Harian Metro, 26 Februari 2010.

Alangkah bahagianya hidup kalau benar-benar dapat mencontohi baginda.

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!