O’owh! Malam semalam jam 10.30, blog aku dah bertukar menjadi blog Mario. Ni semua gara-gara mood aku yang tak ceria semalam dan aku rasa amat bosan, boring, lagi bad mood. Awatnye aku bad mood?
Semalam, pagi2 buta lagi, aku dah bergaduh dengan boss. Aiseyh, bukan salah aku lah, tahu2 je bos bad mood ngan aku, langsug tak nak dengar apa aku cakap. Tulah insiden pertama semalam. Setiap hari yang dilalui, mestilah aku nak permulaan hari yang positif. Tapi semalam?
OK, ni aku bukan nak cerita pasal pergaduhan ni. Cuma, mood aku semalam benar-benar mempengaruhi wajah baru blog ni. Pilih punya pilih template, last2, Mario ni buat aku senyum dan ketawa.Tu yang membuatkan aku decide untuk guna Mario ni.
Jadi, setiap kali aku buka blog ni, aku ketawa dan senyum je. Aku gelak sebab… hehe… ada ke blog orang dewasa, blog dia berheaderkan Mario?? Seperti mana yang kalian semua tahu, header memainkan peranan penting pada sesebuah blog, kerana header mencerminkan identiti si penulis. Jadi apa identiti penulis blog ni, kalau dah header nya Mr. Mario Bros?
Apapun, aku hanya nak ceriakan mood aku. Lagipun, template ni nampak kemas. Kalau ceria, kemas dan tersusun, sampai ke telinga lah senyuman aku. Aku harap kalian selesalah dengan wajah baru blog aku ni.  
Ni wajah sebelum dia bertukar jadi Mario. Tak ceria langsung!
Dulu masa kecik2, aku suka sangat main game Mario ni. Tapi aku tak teror la, sekejap je Mario ni besar, pastu kecik balik. Asyik2 aku terlanggar musuh, bila dah kecik tu, nak lompat tembok yang tinggi pun payah. Pastu nak kena lompat jauh, mana nak jauhnya lompat! Kaki pendek sangat. 
Rindu pula kat Mr. Mario ni. Best juga kan, kalau dah tua-tua ni main game Mario. Boleh meremajakan semula jiwa aku ni. Ahaks!.
p/s: Korang teror tak main game Mario? Aku main sekejap je, dah game over. Masuk level 2 je dah mati. Agaga…Gila tak teror aku! 

error: Content is protected !!