Malang memanglah tak berbau. Dalam kehidupan kita mesti ditimpa masalah, sebagai ujian dan dugaan hidup. La ni aku rasa, bukan manusia je yang boleh dapat masalah, blog pun boleh dapat masalah juga. Tengoklah ni, apa dah jadi dengan blog aku!
Gelap? Ya, ia gelap. Gelap gelita bin hitam legam. Sepatutnya dia macam ni! Sebelum kejadian hitam menimpa!

Argh! Itulah yang berlaku pada aku semalam. Mula2 aku ingatkan, lappy aku yang problem. Tapi masalah ni berterusan dari pagi tadi. Masa ni aku kat kampung lagi. Petang dia OK sekejap, pastu legam semula. Malam, bila aku dah sampai JB, aku check lagi, dia still legam.  So aku terfikir untuk verify, adakah lappy aku yang problem (aku je yang nampak dia hitam) atau visitor aku pun nampak dia legam.
Jadi, aku roger seorang blogger yang baru je aku kenali, kelmarin. Dengan bantuan Faiz, aku minta tolong  dia jengah blog aku, tanya dia, adakah dia nampak background hitam je semua?.. Argh! Jawapan Faiz yang meremukkan hati nurani aku…Tidak! Tidak! Maknanya sepanjang hari ni, visitor aku tengok blog aku yang huduh tu? Tidak! Aku termalu sendiri.
Aku tak tahu kat mana silapnya. Kod apa yang salah. Jadi, aku ambil jalan shortcut, untuk tukar je template baru. Dan ini jelah yang aku sempat buat, dalam tempoh 2 jam. Banyak widget yang aku buang, sebab tak sesuai dengan template ni.
Apa yang kalian lihat sekarang, aku tak finalize lagi. Mungkin akan di adjust beberapa bahagian. Aku tak sempat adjust malam ni. InsyaAllah, balik kerja nanti, aku settlekan.  
Untuk pengetahuan kalian, ni template blog aku yang lagi 1. Dah emergency, aku cekup je lah template ni. 
Thanks ya, Faiz, tolong akak tadi.

p/s: Kalau kalian tahu, kenapa blog aku boleh jadi legam cenggitu, tolong bagi tahu, eh. Thanks!.

error: Content is protected !!