Ni entry ke 2 aku cerita pasal Nuffnang. Semalam, masa aku dok godek2 Nuffnang analytic, aku terperasan yang analytic dia ada untuk today, this week, last week dan last month. Terfikir pula aku, adakah analysis untuk bulan2 yang lalu akan hilang, yang tinggal hanya analysis untuk sebulan je? Ish, sesungguhnya, aku memang belum berkenalan habis dengan Nuffnang ni. Pada yang tahu jawapannya, mungkin boleh bagitau aku, analysis yang lebih dari sebulan memang akan hilang dari paparan ke? Bukannya apa, rasa tak best pula kalau dia betul2 hilang.

Trafik aku tak lah kencang mana. Analytic di Nuffnang menunjukkan yang UV aku sehari 50 pun tak sampai. Kalau kat statcounter lagi lah sikit. Ni yang aku perasan, lah. Statistic di Nuffnang agak tinggi sikit kalau nak dibandingkan dengan statcounter. Ada lagi analytic lain yang aku pasang (Google Analytic), tapi tak larat lah nak ngadap analisis ni sangat. Tengok 2 ni je pun, dah penat. Agaga…

Hehe..memang sikit je visitor blog ni. Takkan aku nak expect lebih2 pula kot. Ping entry pun tak rajin. Blogwalking pun sehari lebih kurang 10 blog je. Cuma entri je aku update tiap2 hari. Cuba belajar beristiqamah. 
Jadi, dengan UV dan Pageview yang ciput tu, setakat baru 4 kali Isnin aku bersama Nuffnang, ni je lah BE yang aku dapat.
 

Apapun, walau $$ yang aku dapat tak konsisten setiap minggu, kejap turun kejap naik, tapi dia bertambah tiap minggu, Alhamdulillah. Aku tak buat apa sangat pun, menceceh je kat blog ni.

p/s: Kalau nak lebih, usaha pun kena lah lebih, kan?

p/s/s: Terdapat sedikit kesilapan pada entry ini. Klik sini untuk entry pembetulan.

error: Content is protected !!