Semalam aku ada buat 1 entri mengenai buffered earning Nuffnang. Tapi, di sini aku ingin membuat pembetulan kerana terdapat kesilapan dalam entri tersebut.
Pada entri tersebut aku menyatakan yang earning yang aku dapat adalah BE (buffered earning), tapi semalam setelah entri di publish, aku telah ditegur oleh seorang visitor, Innz namanya, yang mengatakan itu adalah bukan BE. Itu adalah earning yang aku dapat dari campaign.
Klik gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas
Minta maaf ya kerana terlambat keluarkan entri pembetulan ni, walaupun aku dah tahu malam tadi lagi (pukul 1.30), tapi aku tak dapatlah nak mengarang entri ni. Dah lewat sangat untuk aku tidur. Pagi kena pergi kerja. So, macam biasa, malam lah baru aku buat entri, dan publish tengah malam.
Balik dari kerja, bila aku cek komen for moderation, dapat lagi satu teguran dan explanation dari kawan aku, yang juga merupakan senior aku dalam blogging dan Nuffnang ni. Penerangan dari Aurikelsan memberikan aku info baru.

Klik gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas
Minta maaf sekali lagi ya, kalau aku dah buat pembaca confius. Selama ni aku tahu 2 jenis earning je, iaitu Buffered Earning dan Metered Earning. Tak tahu pula ada lagi earning lain, iaitu Earning untuk Campaign. Almaklumlah, aku ni baru je nak berkenalan dengan Nuffnang.

So, yang aku dapat ni Earning untuk campaign, bukan buffered. Aku belum sampai ke tahap buffered lagi. Hehe..Tapi, takpelah, kat kempen ni je pun, dah boleh bagi $$. Kalau dapat BE, mesti nilainya lagi besar, kan? Huhu..tak tahulah tu, bila aku boleh merasa BE tu. InsyaAllah, suatu hari nanti, mungkin bila blog ni dah maju. Sekarang masih bertatih lagi. Dan aku sendiri pun tak tahu bila ia boleh berlari laju.

Terima kasih banyak-banyak kepada Innz dan Aurikelsan atas teguran dan tunjuk ajar. Kepada semua pembaca dan pengomen entri semalam, terima kasih juga kepada kalian kerana memberi sokongan.

Anda ada info mengenai Nuffnang Earning untuk dikongsi? Dipersilakan. Info dari anda amat dialu-alukan.

The beauty of blogging: saling tegur-menegur, sharing and caring,

error: Content is protected !!