Haish..apa lah nak jadi ngan aku ni. Nak buat entri tapi dok blogwalking pula..memang pantang klik kat 1 blog, mula lah kaki ni melarat-larat jalan dari 1 rumah ke 1 rumah. Aiseh!..
OK, alkisahnya, ni aku nak taip entri yang dah lama aku nak taip, tapi baru ni menaipnya. Apa pasal baru hari buat entri ni? Sebab ada macam-macam hal lah, kan. Aku pun bukannya ngadap blog ni 24 jam. Rasanya tak payahlah cerita apa halnya, kang 10 hari 10 malam pun tak siap entri ni.
Jumaat malam yang lalu, Aried ada datang membuat review blog ni. Membaca review yang dibuat oleh Aried, buat aku rasa terperanjat banyak kali. Kenapa?
1. Tak sangka dia dah buat entri review
Nape aku kata tak sangka? Sebabnya, aku memang nampak kat statcounter aku tu, Aried datang dan baca entri2 aku..most of the entri yang dia baca ialah entri cerita personal aku. So, after that aku jenguk blog dia, ingatkan tak siap lagi review sebab aku tengok dia banyak baca pasal entri personal je, aku budget mungkin Aried just nak kenal siapa empunya blog, tup2 bila buka blog dia, dah keluar dah entri reviewnya. Hah! Aku memang tak sangka. Melopong sket mulut aku ni. Cepat betul Aried ni buat kerja.
2. Tak jumpa About Me
Hmmm…dah 2 orang reviewer, 2-2 susah nak jumpa ‘about me’ yang ada kat sini. Ni buat aku tertanya-tanya, adakah memang kebanyakan visitor tak jumpa ‘about me’ di blog ni? Memang dah cuba beberapa kali buat page, tapi kurang berhasil. Yang terhasil tak memuaskan hati. So, aku delete balik.
3. Tags “Ceritera Aku” memang best!
Terkejut! Memang aku amat terkejut. Jarang visitor ke blog aku ni skodeng entri2 di label “Ceritera Aku” ni. Kebanyakan visitor baca entri jalan-jalan. Lagi buat aku terkejut, Aried suka pula entri-entri kat label ni dan buat dia tergelak. Tergelak ya, Aried…Hehe..tak sangka pula aku buat lawak. Tu semua story mory morning glory..sekadar luahan perasaan. Ehehe…
4. Penulisan blog blogger berpengalaman
Yang ni memang buat aku terkedu dan tersipu-sipu malu. Nasib baik Aried tak ada depan aku waktu aku baca review dia. Kalau tidak, mahu merah jambu lah pipi aku ni. Aried, Sya bukan blogger berpengalaman. Baru je 5 bulan berblog. Rasanya, kalau tak silap, blog kita hampir seusia. Pernah terbaca kat blog Aried yang Aried mengatakan bahawasanya Aried juga baru berblog. Umur kita pun mungkin lebih kurang je kot.. Ehehe..yang ni aku buat andaian sendiri, memandangkan Aried merahsiakan umurnya dan menganggap umur hanya sekadar angka seperti matematik juga. Haish, math sensei ni…memang ingat math aje lah, ek.
5. Analisis blog
Owh, baru tahu yang blog ni dofollow, selama ni tak pernah check. Thanks for the info. Lagi 1, sebelum ni ada 3 entri kat main page, baru beberapa minggu ni tukar ke 1 entry je. Tu yang nampak sidebar macam panjang je. Untuk scroll bar tu, InsyaAllah, kalau aku rajin godek html tu, aku try tukar. Memang dah lama rasa nak tukar, tapi tak tukar2. Nasib baik ada tutorial ni, boleh juga try, bila2 ada kelapangan dan kerajinan nanti.
6. Love this blog
Aried, kalau dah love blog ni, jenguklah selalu, ya, bila ada kelapangan. Tapi kalau Aried rajin sangat skodeng Ceritera Aku, segan juga. Uhuhu..

p/s: Kalau kawan-kawan berhajat nak Aried review blog you all, boleh le jenguk entri ni. Rasanya peluang masih terbuka.

p/s/s: Aried juga berbakat dalam bidang review mengreview ni. Join lah contest review.

error: Content is protected !!